Halamak!!! Ni apa cerita pulak ni? Apa yang Si Lisa Surihani ni dah buat sampai pihak media kecewa sangat dengan dia? Meh kita dengar sikit:
JOYAH kasihan tengok kawan-kawan seperjuangan Joyah yang beriya-iya nak buat liputan perkahwinan Lisa dan Yusry petang Khamis lalu. Nampak kecewa, tak puas hati sebab ‘undang-undang’ pihak penganjur kepada semua petugas media.
Ada empat syarat yang dikenakan tapi syarat pertama iaitu pelepasan mengambil gambar atau visual dari tempat yang disediakan memang menyusahkan semua media!
Mana tidaknya, Joyah diberitahu bahawa tempat yang dimaksudkan penganjur cukup jauh dengan upacara pernikahan. Macam mana nak rakam gambar dan dapatkan sudut menarik, paling bersejarah untuk diabadikan kalau sekadar mampu merakam belakang kepala pengantin.
Ambil gambar menikah Yusry, tapi tak nampak muka Yusry, hanya nampak songkok saja. Aduhai... apa benda ni?
Joyah bukan nak berleter, tapi berfikir panjanglah sebelum menjemput media kalau nak tempatkan media di tempat macam itu. Kita kan sama-sama nak kongsi momen bahagia pengantin, tapi janganlah buat sekatan sampai begitu sekali? Buat liputan majlis menteri pun tak macam itu.
Joyah tahulah yang majlis pernikahan itu hak milik penerbitan sepenuhnya pihak Astro. Dengar kata, Lisa bagi kebenaran itu pada Astro sebab salah seorang saudaranya orang ‘top’ Astro. Tak apalah Lisa, kalau macam ini layanan awak kat kami.
Tapi, apa yang Joyah coretkan ini bukan fitnah tau. Joyah cuma nak penjelasan, kenapa boleh jadi macam ini. Harap Lisa atau suami tercinta, Yusry dapat terangkan kepada kami semua. Supaya tiada lagi hati yang terluka selepas ini.
Ish! Tak patut la Si Lisa tu buat pihak media macam ni. Jangan la halang bila pihak media nak buat liputan pasal majlis pernikahan dia.
Jangan jadi macam Si Ketua Penipu dan konco - konco dia tu. Kononnya, diorang nak memperjuangkan Kebebasan Media.
Tapi dalam masa yang sama, diorang jugak yang halang pihak media buat liputan dalam sebarang program yang mereka anjurkan.
Kan dah nampak sangat sikap Retorik mereka tu? Jadi, tak heran la kalau depan rakyat, diorang suruh buat baik. Dibelakang, diorang la Raja segala kejahatan. Sampaikan kena tangkap khalwat pun tak nak mengaku menda jadahnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.