Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrolamin Bahron yang kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berkata, beliau akan "berehat" dari menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam parti dan kerajaan supaya insiden beliau ditangkap oleh agensi itu tidak memudaratkan parti yang diwakilinya.
"Saya sedang timbang untuk berehat dari jawatan parti dan kerjaaan. Saya tidak mahu melibatkan sesiapa dalam isu ini, saya sendiri akan memikul tanggungjawab," kata beliau ketika ditemui di pekarangan pejabat Jaip di sini petang ini.Beliau yang sekali lagi menafikan laporan media bahawa ditahan Jaip berhubung isu berkhalwat tiba di pejabat agensi agama itu kira-kira 2.40 petang tadi dan meninggalkan premis tiga jam kemudian.Dengan ditemani isteri dan tiga peguamnya, Badrolamin, 51, tiba di pekarangan Jaip kira-kira jam 2.40 petang tadi. Wanita yang didakwa berdua-dua dengan beliau pula tiba jam 3.05 petang dengan ditemani dua orang.
Ps: Apa yang msiterinya ialah pihak media sendiri tak tahu mana satu wanita yang dikaitkan dalam kes tersebut sebab dia datang dua orang.
Kemudian, sewaktu sesi media dengan Badrol, wanita tersebut menyelinap ikut pintu belakang agar tidak ditemui oleh pihak media.
Soalnya, kenapa dia nak menyorok - nyorok kalau dia tak buat salah? Zaman sekarang ni, memang dah jadi kebiasaan ke orang yang tak bersalah akan rasa takut?
Tapi apa nak heran ye tak. Kalau dah boleh buat sesi kaunseling pun dalam bilik hotel, setakat takut kerana benar ni pun dah jadi benda biasa. Si Ketua Penipu tu pun sampai hari ni masih enggan ambik tindakan walaupun maruah keluarga dia diaibkan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.