Selasa, Februari 28, 2012


Fuh!!! Ayat tak ubah macam tajuk filem. Ini dah kes berat ni. Siap bagi amaran lagi. Bahaya jugak budak Zarina Anjoulie ni rupanya ye. Meh baca sikit cerita dia:
Zarina Anjoulie atau nama barunya, Zarina Lavocah sememangnya tidak lekang dari kontroversi yang ‘panas-panas’, dari satu kisah ke satu kisah yang lain.


Terbaru, tiada angin tiada ribut, Zarina telah mendakwa penyanyi Singapura yang baru menetap di Malaysia, Aliff Aziz ‘telah melakukan sesuatu’ . Ia dinyatakan di laman Twitter miliknya. 

Dalam twitter tersebut, pelakon wanita itu mengucapkan terima kasih di atas ‘penipuan’ yang telah dilakukan oleh Aliff  terhadap dirinya.

Malah, Zarina juga meminta Aliff tampil memohon maaf kepada dirinya secara peribadi dan mengatakan pihak media pastinya ingin tahu apa yang telah berlaku.


Persoalannya, apakah yang telah Aliff lakukan terhadap dirinya? Memang sudah menjadi tradisi dalam industri seni untuk setiap artis menggunakan laman sosial seperti Twitter dan Facebook untuk mereka meluahkan apa sahaja termasuklah kata-kata kesat, kemarahan, makian dan sebagainya.


Bagaimanapun, terpulang untuk peminat-peminat memberikan andaian sendiri tentang kesahihan berita itu memandangkan pihak Aliff seperti tidak ambil pusing kisah dakwaan tersebut.


Apa-apa pun, hanya Zarina dan Aliff Aziz sahaja yang tahu kisah sebenar mengenai apa yang berlaku…pada malam itu! - Sumber
Ps: Buat Si Ketua Penipu dan konco - konco tu pun sepatutnya diberi amaran yang sama. We know what you did. Jangan ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat.

Lepas satu - satu isu dia tak dapat jelaskan kepada rakyat. Konon nak memperjuangkan rakyat la sangat. Tapi maruah diri dan keluarga pun GAGAL dia nak pertahankan. Macam mana dia nak pertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping