Selasa, Mac 20, 2012


PETALING JAYA: Ketaksuban aktres dan pengacara Sazzy Falak terhadap fesyen telah memberikan ilham dan keyakinan kepadanya untuk melancarkan jenama pakaian sendiri pada Jun depan.
Pelakon berusia 31 tahun itu berkata idea untuk mengeluarkan jenama fesyen SF by SF (Street Fashion by Sazzy Falak) itu tercetus pada tahun lalu ketika dia sedang hamil dua puteri kembarnya, Iman Lilly dan Tiara Rose, 11 bulan.
“Saya suka pada konsep street fashion yang ringkas dan ranggi. Sebab itu saya memilih untuk mengetengahkan pakaian begini.
“Ia mampu dimiliki dan menawarkan pelbagai pilihan kepada kaum perempuan dari peringkat kolej sehingga awal 30-an,” katanya ketika dihubungi mStar Online, baru-baru ini.
Sazzy berkata sebagai permulaan, jenama SF by SF itu akan menawarkan skaf dan baju hasil lakarannya sendiri dengan kerjasama beberapa rakan.
“Keistimewaan jenama ini adalah kualiti fabrik yang digunakan dan harga yang serendah RM60 hingga RM120, manakala beberapa pakaian eksklusif rekaan saya akan dijual pada harga sekitar RM200.
“Sekarang saya tengah sibuk mengumpulkan rekaan yang bersesuaian sebelum ia dilancarkan nanti,” katanya yang merancang untuk menjual produk itu secara dalam talian terlebih dahulu.
Ditanya mengenai persaingan pasaran produk itu memandangkan sudah banyak jenama fesyen yang menawarkan konsep seumpama itu di pasaran, Sazzy berkata keunikan rekaannya mampu menawarkan pilihan berbeza kepada pengguna.
“Saya yakin jenama fesyen ini akan berbeza dan tersendiri daripada jenama-jenama sedia ada. Saya lakar rekaannya hasil daripada selera saya sendiri, pemerhatian dan rujukan daripada laman-laman fesyen di Internet.
“Apabila ia keluar nanti, orang akan boleh lihat ia adalah sentuhan saya,” kata isteri kepada pengacara dan usahawan Nazril Idrus ini.
Ps: Bagus la kalau Si Sazzy Falak ni nak melangkahkan kaki dia dalam dunia perniagaan. Tapi, jangan pulak nanti dia jual baju yang jenis tak cukup kain!!!
Dia perlu ingat yang Negara Malaysia ni ada adat dan agama. Jadi, itu perlu dijadikan sebagai panduan utama sebelum dia melangkah ke dunia fesyen. Jangan sebab nak ikut trend punya pasal, dua benda tu pulak nak digadaikannya!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. nanti spin kata yang tak cukup kain tu utk bangsa (ugama) lain. bagi melayu (islam) mmg tak jual tp kalo mereka nak beli juga, mesti jual, kalo tak cemana nak untung lebih.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping