Isnin, April 02, 2012


Kalau korang nak tau, inilah sebenarnya sikap pemimpin puak - puak Pakatan Pembangkang tu sebenarnya. Benda ni la yang dinyatakan oleh Hassan Ali selama ini.

Belum apa - apa lagi, diorang dah mula berebut kerusi sesama sendiri. Bukannya diorang pentingkan nak memperjuangkan rakyat sangat sebenarnya.

Cakap nak memperjuangkan hak rakyat dan sebagainya tu hanya wayang mereka sahaja. Tapi, hajat mereka sebenarnya ialah untuk memegang kuasa.

Bila dah dapat kuasa nanti, jangan harap la diorang nak jaga Kebajikan Rakyat ni. Kalau belum dapat kuasa pun diorang dah tak peduli, inikan pulak bila dah dapat kuasa nanti.

Dan perkara ni pun bukan benda baru. Masa Pilihan Raya Sarawak hari tu pun macam ni jugak yang terjadi. Itu pun orang masih tak nampak lagi?

Jadi tak heran la kalau dalam pemilihan parti mereka sendiri pun ada yang sampai sanggup baling - baling kerusi tanpa kira ada budak ekcik atau pun tidak!!! Semuanya tamak dan Gila Kuasa belaka sebenarnya!!!
ALOR SETAR - DAP Kedah membidas Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu kerana enggan berbincang soal pengagihan kerusi bagi calon-calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.


Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Lee Guan Aik berkata, pihaknya kesal apabila PKR bertindak terus menyerahkan kepada kepimpinan di peringkat pusat untuk membuat keputusan sedangkan DAP Kedah sepatutnya perlu dibawa berbincang terlebih dahulu.


"Mereka (PKR) yang tidak mahu duduk berbincang bukan kita (DAP), kita boleh berbincang tetapi sekarang perkara ini telah dibawa ke peringkat pusat maka bukan pakatan rakyat negeri yang membuat keputusan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Guan Aik mengulas mengenai isu perebutan kerusi antara DAP dan PKR yang semakin panas apabila DAP dan PKR terus buntu untuk mencari kata sepakat walaupun ia sepatutnya diselesaikan dua bulan lalu.


Kerusi yang menjadi perebutan PKR dan DAP, termasuk Parlimen Alor Setar dan Padang Serai manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah kawasan Bakar Bata, Gurun, Bakar Arang, Lunas dan Derga.Pada pilihan raya lalu, Kedah yang mempunyai 36 kerusi DUN menyaksikan Pas bertanding di 24 kerusi, PKR (10 kerusi) dan DAP (dua kerusi) manakala DAP dan PKR bertembung di kerusi DUN Derga akibat enggan mengalah.


Guan Aik berkata, pihaknya juga sedang mengikuti perkembangan isu itu dan masih tertunggu-tunggu keputusan daripada kepimpinan pusat.


Sebelum itu, beliau dilaporkan berkata, DAP tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calon DAP di kerusi-kerusi yang ditandingan PKR bagi membolehkan pertandingan tiga penjuru.Menurutnya, langkah itu diambil jika keputusan pakatan pembangkang di peringkat pusat tidak memuaskan hati DAP negeri. 
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Semoga Allab pecah belahkan pakatan yg tidak menguntungkan Islam

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping