Ish! Ish! Ish!!! Memang tak patut sungguh! Dah empat tahun dah diorang dapat kuasa, takkan la baru ini diorang nak sedar kot? Apa, selama ni diorang tak perasan lagi ke?
Dah puas dah geng - geng blogger ni dedahkan satu persatu maklumat mengenai Pakatan Pembangkang tak buat kerja. Tapi, baru ini UMNO nak sedar pasal semua benda ni?
Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah selama ni, UMNO dok sibuk buat kerja. Mana diorang nak perasan yag puak - puak Pakatan Pembangkang tu dok asyik goyang kaki.
Nak harapkan diorang buat kerja? Jangan harap la!!! Setakat cakap je, boleh la. Suruh buat kerja, mana diorang reti. Lagi pun dah itu je yang diorang tau pun.
Apa yang mereka buat hanyalah menabur janji - janji yang bukan - bukan. Nak bagi geran anak bersalin la, nak bagi duit susu la, bagi duit poket untuk suri rumah la, itu la, ini la.
Kiranya diorang ada hati nak tanggung rakyat dari lahir sampai mati. Tapi, sampai hari ni, dah empat tahun, satu HAPAH pun diorang tak bagi.
Lagi banyak yang diorang ambik ada. Itu pun untuk kepentingan diri sendiri. Dah memang itu je yang diorang tau. Tambahan pulak, kalau tak menipu rakyat, tak la digelar sebagai geng PR, Penipu Rakyat!!!
TANJONG KARANG: UMNO Selangor menyifatkan Pakatan Pembangkang yang memerintah Selangor tidak mempamerkan kesungguhan mereka untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan terbaik untuk rakyat sebuah negeri maju, seperti Selangor, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.Sebelum 2008 Barisan Nasional menjalankan dasar membela rakyat sewaktu memerintah tetapi apabila Pakatan Pembangkang memerintah, mereka lebih cenderung kepada berpolitik dari menumpukan kepada soal perkhidmatan atau pembangunan, katanya.Ini termasuk dalam isu pengurusan sisa pepejal dan pelantikan ahli-ahli majlis di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Noh.Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas menyertai kayuhan basikal bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini pada Ahad sempena Karnival Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Tanjong Karang.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, antara musibah diterima rakyat Selangor sempena empat tahun Pakatan Pembangkang memerintah ialah banjir kilat yang melanda Ampang, dan Hulu Langat awal bulan ini dan Jumaat lepas di bandar Klang."Salah satu sebab saya percaya longkang dan sistem pengairan tidak diselenggara dengan baik. Sistem (pungutan) sampah kita dah buat elok dah, tapi nak buat cara sendiri sanggup beli lori 50 buah guna duit rakyat balik," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.