Selasa, Mei 01, 2012


Ish!!! Ish!!! Ish!!! Kesian sungguh Semut tengok pemimpin Pakatan Pembangkang ni ye. Lepas sorang - sorang kena fitnah tak tentu arah.

Fitnah tu pulak bukan main - main. Fitnah dia buat dosa besar pulak tu. Kotor betul taktik Politik diorang ni ye sampai sanggup mengaibkan orang.

Apa, orang yang buat fitnah ni tak fikir ke pasal maruah keluarga Si Azmin Ali tu? Tak fikir ke yang diorang dah sedia malu dengan isu Si Shamshidar dengan Si Ketua Penipu?

Tak pasal - pasal, timbul pulak isu pasal dia melanggan 'pelacur'. Lagi la memalukan dan menjatuhkan maruah dia sebagai seorang suami.

Ianya sama la macam insiden yang menimpa Si Ketua Penipu tu sebelum ini. Pun fitnah tu mencemar maruah dan imej diri dia serta keluarganya.

Jadi, disebabkan itu, adalah wajar untuk Si Azmin ni ambik tindakan dan memfailkan saman terhadap pihak yang mula - mula mendedahkan gambar. 

Jangan la ikut perangai Si Ketua Penipu tu pulak. Kata orang buat fitnah terhadap dia. Tapi, apa tindakan pun dia tak buat. Kalau setakat bercakap je buat apa!!! Mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengecam keras tindakan beberapa blog pro-Umno yang mendakwanya melanggan seks sambil menyifatkan ia sebagai satu "fitnah" terbaru pihak Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Kata Azmin, ia fitnah yang ditohmah ke atas dirinya untuk mengaibkan beliau dan keluarga susulan nasib dilalui Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu.

"Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro-Umno.


"Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita dalam tandas.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Categories: , , ,

9 ulasan:

  1. Apa lagi min...Report polis Dan saman lah.!

    Effected...kalau Ada berani!


    Pendemo Bersih itu Penganas!

    BalasPadam
  2. Janganlah kutuk Abang Min ... dia pun ada nafsu apa. Lagi pun dia ni kan penyokong LBGT.

    BalasPadam
  3. sebagai umat islam dan rakyat Malaysia Azmin spatutnya mengambil tindakan berikut :-
    1. saman semua bloger yang menyiarkan gambar fitnah tersebut.
    2. cabar semua bloger agar bersumpah laknat dengan bersaksikan kesucian al-quran (aku ada baca kisah sumpah laknat dalam majalah al-hidayah keluaran bulan mei - kalau kau orang berminat bolih lah beli sekarang, banyak juga hadis yang bolih menjadi sumber rujukan dalam majalah tersebut).
    buktikan anda adalah seorang lelaki bermaruah, benar dan tidak dayus.
    pepatah melayu berkata kalau takut bermain ombak jangan jadi nelayan di laut dalam.
    takut kerana salah berani kerana benar. takut tersalah mati menjadi nanar.

    BalasPadam
  4. bos dia pun tak berani nak buat sumpah..... betulkan min.

    BalasPadam
  5. apalak bloggers aje yang kena sumpah laknat?

    AZMIN ALI PUN KENA BUAT SUMPAH LAKNAT GAK ... LAGI SATU KALAU BLOGGER YG RAMAI-RAMAI NI BUAT SUMPAH LAKNAT, NANTI TAK TERTAHAN AZMIN MENANGGUNG BALA KALAU BETUL DIA DALAM GAMBAR TU ....

    BalasPadam
  6. hoi pencacai United malay organisation carilah taktik lain kalau nak menang sangat...rakyat dah mual dgn skandal2 seks ni...suruhlah bos korang cari jalan cam mane nak upgrade taraf kehidupan cam korang ni...tak kan korang nak pakai Kancil modified habis sampai tua...bos2 korang tu pakai Ferrari......porche...koman2pun dia orang pakai Merc...jadi jgn buang masa pasal PR, baiki kehidupan korang dulu...kesian sangat duduk kat PPRT..sian...

    BalasPadam
  7. gambar ini kurang jelas.muka azmin tak nampak sangat.lebih baik jelaskan betul betul.nanti jadi fitnah dan mereka yang menyokong pr akan membuat bermacam macam andaian.bolih tak semut hitam?.

    BalasPadam
  8. eh..eh..si azmin tu pakai keta apa eh?keta kancil ke?kau pun anon 9.33 pakai keta apa?keta cabuk?tulah org suruh blajar pandai2 pegi bershit demo..kan dah fail...

    BalasPadam
  9. Entah...dia tu malas berusaha..nak salahkan orang lain...kira syukur la pakai kancil modified...hebat tu..kalau nak kaya usaha sendiri jangan salahkan orang lain...Sikit2 ngamuk..tak tentu pasal

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping