Ahad, Mei 13, 2012


Memandangkan kedudukan Majlis Peguam Negara atau Bar Counsil sejak akhir - akhir ini GAGAL berfungsi secara bebas, kedudukan mereka semakin tergugat.

Siapa lagi yang nak percaya kepada Majlis Peguam seandainya mereka kini semakin hari semakin berat sebelah dalam membuat sebarang kenyataan?

Jadi, memang patut sangat la ahli - ahli Majlis Peguam ni keluar dari sebalik pokok dan tampil menunjukkan wajah mereka yang sebenar. Itu pun kalau diorang ada telur.

Kalau tidak, terus la menyorok disebalik longkang dan hanya berani melepar batu sembunyi tangan. Lagi un, itu je yang diorang mampu buat!!! Nak suruh buat kerja lain, diorang bukannya reti!!!
KUALA KANGSAR: Kerajaan bersetuju dengan tuntutan golongan peguam yang mahu membentuk satu organisasi baru bagi mewakili mereka mempertahankan profesion, kebajikan dan kepentingan guaman, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata golongan peguam itu boleh membentuk organisasi itu atas nama persatuan atau agensi lain yang baru seperti Akademi Undang-undang dengan menggunakan pendekatan lain.
"Kalau (mahu) ada satu persatuan dan agensi yang lain yang (boleh) dibentuk untuk mewakili mereka yang berkelulusan undang-undang mesti tahu, Malis Peguam (sedia ada) hanya mewakili mereka yang praktis undang-undang dan berdaftar dengan majlis itu sahaja.
"Tapi ada juga yang lulusan undang-undang jadi pensyarah namun tidak menjadi anggota majlis berkenaan. Ada lulusan udang-undang yang bekerja di bank-bank dan sektor korporat. Mereka ini bukan 'practising lawyer', mereka tidak jadi anggota majlis, tidak ada persatuan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada program Profesional Guru-guru Daerah Kuala Kangsar Zon Padang Rengas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak di Padang Rengas di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan anggota Majlis Peguam Abu Backer Sidek supaya sebuah badan guaman baru yang bebas dibentuk kerana Majlis Peguam sedia ada gagal dipertahankan sebagai sebuah badan yang profesional dan berintegriti.
Menurut Mohamed Nazri, golongan peguam berkenaan boleh mewujudkan Akademi Undang-undang yang mewakili semua lulusan undang-undang di negara ini.
Katanya beliau tidak terkejut apabila terdapat anggota Majlis Peguam sendiri tidak berpuas hati dengan badan itu.
Majlis Peguam sepatutnya menjaga anggota dan kepentingan profesion guaman serta mengambil tindakan terhadap mana-mana peguam yang didapati menyelewengkan hasil aduan yang dibuat orang ramai terhadap peguam yang terbabit, katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. untuk makluman rakyat malaysia anggota PDRM yang hendak naik pangkat wajib lulus undang undang.ini tradisi yang diamalkan berdekad dekad yg lalu.Diperngkat bawah undang rendah jabatan,subjeknya kanun kesiksaan,kanun aturcara jenayah,undang2am.akta polis.pangkat kpl hendak kesarjan wajib lulus undang undang pertengahan jabatan.manakala G.O pula wajib lulus undang undang tinggi jabatan.Bolihkah mereka ini mohon untuk menjadi ahli majlis peguam,mereka juga punya pengtahuan mengenai undang2.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping