Mesti korang takkan percaya dengan tajuk yang dibuat diatas. Sebab korang yakin, mana mungkin Si Hadi Awang tu akan buat tuduhan sedemikian.
Tapi, cuba korang baca artikel dibawah ni dulu. Jelas Hadi Awang kata bukan peserta Bersih tu yang memulakan provokasi.
Jadi, kalau bukan peserta Demo, siapa lagi? Pihak Polis? Macam mana dia nak tuduh Polis sedangkan dalam video jelas nampak Polis semua berundur.
Takkan la itu pun dia tak nampak juga!!! Lain la kalau dia buta dari melihat Kebenaran!!! Itu pun, dia nak kata ada 'pelakon' dikalangan mereka? Siapa pelakon tu? Cuba jelaskan sikit.
Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah dia sendiri cakap yang video ni tak boleh jadi bukti pasal dia besi. Itu pasal la dia cakap pun main ikut sedap mulut dia je!!! Apa, dia ingat rakyat Malaysia ni buat macam dia gamaknya!!!
KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan penyokong Bersih 3.0 dengan menafikan mereka sebagai penyebab keganasan dalam demonstrasi Bersih 3.0 di Kuala Lumpur, 28 April lalu.Beliau percaya kesemua mereka mengikut arahan dikeluarkan pemimpin untuk memastikan demonstrasi berjalan lancar.Abdul Hadi sebaliknya menyalahkan golongan tertentu dengan mendakwa perbuatan terbabit dilakukan segelintir pihak yang diistilahkan sebagai ‘pelakon’ dalam kalangan golongan pemerhati.Beliau turut menolak sumber tertentu yang mendakwa mereka diupah Pakatan Rakyat (PR) dan menjelaskan PR tidak mampu berbuat demikian.“Pemerhati pula pelbagai kalangan dan saya dimaklumkan mereka ada ‘pelakon’. Pelakon ikut sama dalam demonstrasi ini dan ada menyebut-menyebut diupah. Mana kita ada nak upah orang, kita tiada duit, kita fakir miskin, bagaimana parti bergantung kepada orang nak upah orang.“Yang hadir itu beratus-ratus ribu dan itu bukan kemampuan kitalah. Jadi pelakon inilah yang boleh menimbulkan perkara negatif,” katanya.Beliau turut meminta perkara itu disiasat secara adil dan telus untuk memastikan siapa dalang bertanggungjawab menimbulkan kekacauan ketika demonstrasi tersebut.Diminta mengulas mengenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan isyarat tangan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya peserta membuat rempuhan bagi memasuki kawasan Dataran Merdeka, Abdul Hadi meminta media memberi peluang kepada Anwar untuk membela diri.Katanya, media perlu membuat liputan secara langsung dalam media penyiaran dan bukan sidang akhbar biasa yang selalunya disunting terlebih dahulu sebelum penyiaran.“Biar dia keluar RTM, TV3. Biar beliau menjelaskannya. Wartawan boleh soal dia, itu cara yang betul macam dilakukan negara lain,” katanya.
menjatuhkan martabat Ulamak Islam yg ingin menegakkan kebenaran. Islam seiring maju bersama peredaran zaman dgn fatwa ulama non partisan.
BalasPadamHadi ni ambik skrip dari BERSIH 2.0 kot... Member yang mati berkali2 tu aper hal...
BalasPadamTengok, brape kantoi mereka buat dakwaan...
BalasPadamhttp://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13981