Nak kata nyanyuk, muda lagi Si Mat Muka Bulan ni. Tapi kalau tengok perangai, memang nampak sangat nyanyuknya dia ni. Biar pun usia muda, tapi mengalahkan orang tua.
Semalam, dia cuba menyangkal dakwaan Tun Dr. Mahathir yang mengatakan bahawa Pakatan Pembangkang ni akan buat kecoh jika kalah dalam PRU akan datang.
Dia menyifatkan kenyataan dari Mantan Perdana Menteri serta Negarawan Ulung itu sebagai satu kenyataan yang tidak berasas.
SHAH ALAM – PKR menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan menimbulkan kekecohan ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai tidak berasas.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kenyataan Dr Mahathir seharusnya dilihat secara terbalik, dan mendakwa pihak Umno-Barisan Nasional (BN) yang akan mencetuskan keganasan.
Mungkin Si Mat Muka Bulan ni khayal lebih sampai dia lupa bahawa perkara tersebut pernah berlaku tak berapa lama dahulu. Malah dalam pemilihan PKR tahun 2010 pulak tu.
Mana mungkin rakyat Malaysia akan lupa insiden kekecohan yang berlaku dibeberapa tempat pemilihan PKR sewaktu membuang undi.
Akibat beberapa orang pemimpin pilihan mereka kalah tanpa sebab yang munasabah, kekecohan mula berlaku dan berada diluar kawalan. Siap baling - baling kerusi lagi!!!
Semua laporan dan aduan berkaitan dengan sesi pemilihan tersebut dibuat kepada kepimpinan PKR Pusat. Tapi, sampai hari ni, satu hapah pun keputusan yang dibuat.
Takkan la itu pun Si Mat Muka Bulan ni masih tak nak mengakui perkara tersebut? Jangan la dia ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat sampai lupa mengenainya.
Bagi Semut, adalah menjadi satu perkara yang tidak mustahil untuk perkara tersebut berulang lagi sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!! Lagi pun, nama parti dia sendiri Parti Kecoh Ramai!!! Jadi, memang Kecoh je la kerja diorang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.