Khamis, Mei 17, 2012


KUALA LUMPUR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak tahu membezakan antara pandangan seorang pejuang Islam dengan pandangan orang politik apabila menyamakan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai pandangan berbaur politik.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, Nik Aziz merupakan seorang ahli politik, meskipun beliau dan partinya mahu memperjuangkan Islam tetapi matlamat parti itu tetap bercirikan politik justeru apa sahaja isu berkaitan Islam, Nik Aziz masih melihatnya sebagai politik.

''Cara orang politik menegakkan Islam berbeza dengan pejuang Islam sejati. Terutama mereka yang terbuka menerima sesiapa sahaja untuk menyertai perjuangan Islam termasuk orang yang bukan Islam. Maka, matlamat perjuangan mereka kebarangkalian mudah tersasar.

''Seorang pendakwah Islam yang baik, dia akan berusaha memperkasakan Islam itu dengan cara yang boleh memelihara kehormatan Islam. Jika dia tidak mampu berjuang seorang diri, dia akan mencari rakan Islam yang lain tetapi bukan rakan yang bukan Islam,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Nik Aziz menempelak pandangan Harussani terhadap Pas dengan menganggap kenyataan Mufti Perak bahawa Pas sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam sebagai pandangan lapuk seorang mufti.

Sementara itu, Bendahari Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC) Mohamed Aziz berkata, Nik Aziz tidak layak bergelar Mursyidul Am Pas kerana beliau sendiri tidak tahu sejarah Pas atau sebenarnya sengaja memesongkan sejarah Pas itu.

Katanya, Pas tertubuh kerana Pengasasnya, Ahmad Fuad atau yang ketika itu Biro Agama UMNO kecewa dengan UMNO setelah gagal merebut kerusi Yang Dipertua UMNO atau kini Presiden UMNO daripada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

''Lalu, Ahmad yang merajuk terus menubuhkan Pas. Persoalannya, adakah Nik Aziz tidak tahu perkara ini atau sengaja buat-buat tidak tahu kerana orang Pas ini suka memutar belit fakta. Nik Aziz yang buta sejarah, bukannya Harussani.

''Nik Aziz tidak perlu menipu rakyat, rakyat juga tahu bahawa sebelum Pas wujud, UMNO lebih awal telah memperjuangkan agama Islam. Mursyidul Am Pas itu jangan terlalu asyik berpolitik hingga lupa soal dunia akhirat,'' katanya.

Mohamed seterusnya mempersoalkan, kenapakah Pas seringkali mempertikaikan kenyataan-kenyataan daripada pihak mufti dalam pelbagai isu dan adakah Pas merasakan mereka itu lebih hebat daripada golongan mufti di negara ini.

''Saya tidak fikir Nik Aziz layak menjadi mufti, meskipun dia itu seorang tok guru di Kelantan tetapi dia memang tidak layak dipilih sebagai mufti,'' katanya.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. jauh bezanya antara ulama pewaris nabi dan ulama pewaris pas. Satu2nya parti yang ahlinya taksup pada pemimpinnya. Boleh menyelar sapa yang tak mahu bersama mereka.

    BalasPadam
  2. dia brlajar diindia.india bukan negara islam.entah apa yang dia belajar kita tak tahu.kalau dia belajar diuniversity negara arab contohnya university al azhar dimesir manasabah juga.barulah layak jadi mufti.jangan nak mengarutlah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping