Sabtu, Mei 26, 2012


PANAS terik petang Khamis lalu bukanlah alasan untuknya berteduh atau mengelak. Sebaliknya pelakon Seindah Sakura, Nur Fasha Sandha Hassan ringkas berkemeja dan berseluar jeans, setia turun ke trek menemani suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai.


Kenapa dengan Rizal? Sebenarnya, Rizal kini sibuk membuat persiapan mewakili Malaysia dalam pasukan Lamboghini Kuala Lumpur JH Italia bagi kejohahan The Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia. 


Sesekali tampak peluhnya terbit dan ada kalanya bintang peramah ini berkerut menahan bahang di litar lumba. Namun untuknya berasa penat atau bosan, tidak sekali.


Jelas Fasha, inilah komitmen yang harus dipikulnya kini selepas menjadi isteri kepada usahawan berjaya berusia 36 tahun itu.


“Alhamdulillah kehidupan saya banyak berubah selepas mendirikan rumah tangga baik dari aspek pembahagian masa, rutin harian hinggalah soal peribadi. 


“Selain memasak dan menjaga hal ehwal suami, memahami dan menyokong minat suami juga adalah satu tanggungjawab yang harus saya ambil serius sebagaimana dia juga menjadi penyokong kuat saya dalam lakonan. 


“Rizal memang begitu kuat bekerja, mengukuhkan lagi perniagaan dan ada saja perancangannya dalam dunia perniagaan yang dijalankan. Bagaimanapun pada masa sama, dia begitu aktif dalam bersukan baik sukan berkuda (polo) hinggalah kereta lumba yang memang sudah diceburi sejak lebih 15 tahun lalu. 


“Mulanya sebagai minat, lama-lama dengan kesungguhan dan minatnya yang mendalam, ia bertukar menjadi sesuatu yang serius pula hingga kini dia terpilih mewakili pasukan Lamboghini Kuala Lumpur JH Italia untuk perlumbaan The Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia. 


“Namun lapangan sukan ekstrim seperti ini bukanlah baru bagi Rizal kerana sebelum ini pun dia sudah meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan baik di dalam mahupun luar negara. 


“Justeru sebagai isteri, sudah menjadi keutamaan saya untuk menemaninya lebih-lebih lagi ketika masa terluang seperti ini. Saya ibarat pembantu peribadinya yang memastikan segala keperluan dan barang-barangnya tersusun dan sedia selain menjadi sahabat untuknya berbual. 


Litar Sepang adalah pusingan pertama dan saya akan terus mengikuti Rizal untuk menyudahkan kesemua penjelajahan perlumbaan ini,” katanya yang kini sedang meneliti skrip drama bersiri terbaru untuk TV3. 


Petang itu, Fasha menyifatkan kehadirannya di sisi suami sebagai penguat semangat. Selain setia di sebelah dan menjadi penonton sepanjang suaminya menjalani latihan, bintang kelahiran Johor Bahru yang sebelum ini membintangi lebih 15 filem termasuk Anak Halal dan Cicak-Man itu turut membawa bekalan makanan untuk suaminya itu.


Ps: Sekarang tak pelik la macam mana Si Fasha Sandha tu cepat sangat dapat mengandung. Si Jejai tu pakai Lamborghini rupanya!!! Hehehe...
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping