Ahad, Mei 13, 2012


Fuh!!! Memang dahsyat la puak - puak Majlis Peguam ni rupanya ye. Demi nak memburuk - burukkan imej Polis, mereka sanggup jadikan wartawan sebagai Peguam.

Memang patut sangat la Majlis Peguam ni kena saman dengan ahli mereka sendiri. Semakin hari, semakin jelas mereka ni hanya menjadi boneka puak - puak Pakatan Pembangkang.

Kalau dah berselak sangat nak jadi ahli Politik, turun padang la!!! Bertanding dalam Pilihan Raya. Setakat tau baling batu sembunyi tangan buat apa!!! Itu BACUL namanya!!!
KUALA LUMPUR 12 Mei - Seorang ahli Majlis Peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz akan memfailkan saman terhadap Majlis Peguam bagi memohon deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Luar Biasa pertubuhan yang diadakan semalam sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau yang turut hadir pada mesyuarat berkenaan berkata, sekiranya tindakan undang-undang diambil, maka kelulusan resolusi Majlis Peguam yang mengecam tindakan polis terhadap peserta perhimpunan haram, Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara pada 28 April lalu juga akan terbatal.

''Saya melakukan ini kerana mendapati Majlis Peguam gagal sama sekali bertindak sebagai badan yang profesional apabila semalam dalam tempoh kurang lima jam dengan jelas telah memaparkan terlibat dalam ciri-ciri skandal pembohongan, bias, berada dalam kedudukan yang diragui dan banyak lagi.

''Maka, saya nekad memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Isnin ini. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk membuat sebarang keputusan dan perintah,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, seramai 1,270 ahli Majlis Peguam menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa pertubuhan itu dengan 939 undi menyokong resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta Bersih 3.0 manakala 16 lagi membantah.

Khairul Azam berkata, antara alasan utama membuatkan beliau mahu mengambil tindakan undang-undang tersebut kerana yakin jumlah peguam yang hadir pada mesyuarat semalam tidak mencapai korum 500 peguam yang merupakan syarat sah untuk sesuatu mesyuarat agung dan resolusi dilaksanakan.

Ini kerana beliau mendapati, jumlah hadirin yang kononnya 'ahli majlis' telah bercampur dengan pelatih dalam kamar iaitu jika mengikut syarat, mereka tidak dibenarkan untuk mengundi selain wujud satu lagi kumpulan individu yang tidak pasti tentang status kelayakan mereka.

Turut menjadi kemusykilan, katanya, terdapat beberapa wartawan dan orang awam menyeludup masuk ke dalam dewan sebagai 'peguam'.

''Saya bertindak menyuarakan perkara tersebut kepada Presiden, Lim Chee Wee. Beliau dalam jawapannya semalam berkata, ini sememangnya menjadi amalan kebiasaan setiap kali Mesyuarat Agung Majlis mahupun Badan Peguam sejak sekian lama dan meminta saya untuk membiasakan dengan 'tradisi' tersebut.

''Saya meragui perjalanan mesyuarat itu mengikut peruntukan Seksyen 65 (4A) Akta Profesion Undang-Undang 1976 iaitu berkaitan korum. Apatah lagi apabila proses pengundian meluluskan resolusi, mereka yang bukan peguam turut mengangkat tangan menyokong,'' katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Bukan org xtau, Bar Council ni bnyak taik DAP

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping