Bee Ant Cronies

Berita Pahang

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Terkini Di Pahang:

APA KISAH MISTERI BANGLO KUCING???


Uik!!! Ini apa cerita pulak ni? Milik siapa pulak banglo ni? Adakah cerita ni ada kena mengena dengan pemimpin yang berasal dari Sarawak? Meh baca apa ceritanya...
Bayangkan senario ini: Anda seorang polis berumur hampir 30 tahun, ketinggian 183 sentimeter, berwajah kebudak-budakan dan iras wajah lembut. Anda masih bujang, pemalu dan boleh pengsan jika melihat darah.
Anda sedang berbaring di tingkat atas katil dua tingkat yang sempit di dalam sebuah kereta api dari Nagasaki, Jepun menuju ke Tokyo. 
Sekitar pukul 1:00 tengah malam, tiba-tiba muncul seorang penumpang wanita dalam lingkungan umur awal 20-an dan memakai skirt berwarna biru. Walaupun tidaklah secantik bidadari, dia tetap comel.
Bayangkan juga bahawa apabila anda bangun pada sebelah pagi, kereta api sudah sampai di stesen Toyohashi dan wanita berkenaan yang pada malam tadi “bergerak sepantas kucing” sudah tidak kelihatan. Lebih membingungkan apabila pemeriksa tiket mengesahkan bahawa memang tidak ada penumpang di tempat duduk bawah itu.
Demikian bahagian prolog “Misteri Banglo Kucing” (2011) iaitu novel misteri ketiga karya pengarang Jepun, Jiro Akagawa yang menampilkan seekor kucing triwarna yang membantu pegawai polis tadi – Yoshitaro Katayama – menyelesaikan pelbagai kes penuh misteri.
Novel pertama dalam siri ini, “Pembunuhan di Universiti Hagoromo” (2010) telah saya baca apabila menerimanya sebagai hadiah daripada penerbit sempena Pesta Buku Negeri Selangor pada 4 Julai 2010. Kehebatan kisah penyiasatan penuh misteri berterusan dalam buku kedua berjudul “Misteri Pembunuhan Sawako” (2011).
Katayama ditampilkan sebagai seorang peminat novel penyiasatan dan pemuda itu cuba mengaplikasi minat berkenaan dalam penyiasatan pelbagai kes. 
Wira (atau wirawati) sebenar adalah Homuzu, seekor kucing betina triwarna di mana hampir kesemua bahagian belakangnya berwarna perang dan hitam; perutnya putih; manakala kaki kanan depannya berwarna hitam tetapi kaki kirinya berwarna putih.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Hari ni, SH nak tengok, berani ke tidak pencacai Pakatan tu letak ID diorang masa nak komen. Setakat berani letak 'Anonymous' atau 'Tanpa Nama' je, apa barang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa Rajin, Duduk Atas!!!

DISCLAIMER

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai politik semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.