Ish!!! Ish!!! Ish!!! Apa la nak jadi dengan keluarga Si Assmin Ali ni ye. Taksub betul diorang dengan Si Ketua Penipu tu.
Semua dok bercerita pasal dia. Macam la Si Ketua Penipu tu bagus sangat. Yang Si Ummi hari - hari dok kutuk Si Ketua Penipu tu. Yang Si Assmin, sanggup cium kaki dia.
Ni datang pulak sorang lagi dengan selambanya dia kata keluarga dia dah tak wujud. Mudahnya dia cakap macam tu ye. Agak - agak, kalau dia matu nanti, siapa nak uruskan?
Tapi, inilah hidayah yang Allah berikan kepada kita diatas dunia ni supaya kita dapat lihat dan fikir dengan lebih matang. Fikir tu, pakai la Kepala Otak ye. Jangan ikut pemimpin Pembangkang pulak. Diorang pakai Kepala Lutut!!!
Klik Sini Awal Januari lalu industri hiburan tanah air digemparkan dengan pergaduhan adik-beradik, Azwan Ali dan adiknya, Ummi Hafilda di mana Azwan menerusi Twitter miliknya menulis , “Slm. Let’s CEKUP jugak si BETINA NERAKA Ummi kasi REJAM hidup-hidup ! Bako mayat diaaaa”.
Ekoran status yang berbaur ugutan bunuh itu, Azwan telah disoal siasat oleh pihak polis dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Namun, tidak lama selepas itu, kedua-dua adik beradik ini tampil membuat sidang akhbar dan Azwan telah tampil memohon maaf kepada adiknya itu.
Ingatkan mereka sudah berdamai, rupa-rupanya, Mei lalu, Azwan Ali mengamuk lagi di Twitter kerana bengang ibunya, Mak Tom dipergunakan oleh ‘Puak Bangkai’ untuk kepentingan politik.
Difahamkan, ibunya telah dibawa oleh Ummi Hafilda sendiri bagi tujuan menjatuhkan abang mereka, Azmin Ali.
GUA tidak menyebelahi mana-mana pihak namun GUA sedih kerana disebabkan politik, keluarga boleh berpecah-belah.
Baru-baru ini GUA berkesempatan bertemu dengan Azwan Ali dan peluang ini digunakan GUA untuk bertanyakan mengenai kehidupan mereka sekeluarga sekarang.
“Saya hormat dengan soalan awak itu tapi saya tak akan cakap apa-apa lagi pasal Ummi Hafilda dan ahli keluarga yang lain.
"Komen saya akan terhenti sehingga akhir hayat saya. Saya anggap mereka tak wujud dah dalam hidup saya. Saya ada banyak lagi perkara nak difikirkan.
“Apa-apa berkenaan adik beradik, saya anggap dah tak wujud. Saya ada hidup saya sendiri, jadi saya tak peduli adik beradik ke, darah daging ke, itu bukan masalah saya lagi. Saya tak peduli kerana saya dah malas dah."
Ditanya mengenai hubungan dengan ibunya sendiri, Azwan memberitahu, “Dengan Mak Tom saya okay, tapi apa-apa yang berkaitan adik-beradik, bagi saya hal ini tidak menguntungkan langsung dan kalau boleh tahun 2012 ini, saya nak all out dalam kerjaya saya.
Saya bersyukur kerana sekarang saya disokong oleh insan-insan yang lebih mulia,” ujarnya penuh bermakna. - Sumber...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.