DENMARK mempamerkan aksi garang, sekali gus membuat kejutan dengan mengatasi Belanda 1-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Metalist Kharkiv.
Perlawanan separuh masa kedua baru berakhir. Denmark yang turun selaku pasukan bukan pilihan membuktikan kemampuan bahawa mereka juga boleh melakar kejutan.
Pada babak awal perlawanan, Belanda yang banyak - lebih 60 peratus - menguasai perlawanan bagaimanapun gagal untuk mencipta jaringan. Pasukan ini telah menjaringkan 37 gol di peringkat kelayakan berbanding pasukan lain yang bersaing di Euro 2012 ini.
Gerakan menarik yang dilakukan Micheal Krohn Dehli pada minit ke-24 berjaya menewaskan penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg untuk mendahului 1-0.
Perlawanan hari ini kelihatan lebih tenang berbanding persaingan pembukaan Kumpulan A antara Poland dan Greece semalam di mana berakhir dengan detik-detik dramatik dan kontroversi di Stadium Nasional Warsaw.
Bersambung babak kedua, perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan mengasak kubu masing-masing.
Belanda yang tersentak dengan jaringan awal pihak lawan, terus buntu untuk mencari gol apabila setiap percubaan yang dilakukan tersasar.
Peluang Belanda untuk mencipta gol penyamaan pada minit ke- 74 gagal dilaksanakan setelah penjaga gol Denmark berjaya menyelamatkan detik cemas itu daripada membolosi gawang.
Pada aksi tadi, anak buah Morten Olsen mencatatkan keputusan positif sekali gus mencerahkan peluang mereka ke peringkat seterusnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.