Kalau dulu, Si Nurul Izzah ni sibuk nak mempromosikan wine kepada rakyat dikawasan Lembah Pantai. Siap keluar iklan dalam twitter. (Klik Kat Sini)
Kali ni, dia berangan pulak nak jadi Doktor pulak dengan menganjurkan Klinik Rakyat didalam kawasan Parlimen Lembah Pantai.
Itu pun bukan apa. Nak dekat Pilihan Raya ni kan. Jadi kena la tunjuk muka sikit. Buat la program konon - konon dia turun padang. Main wayang, bak kata orang.
Selama 3 tahun dia jadi Ahli Parlimen, kenapa baru sekarang dia nak buat benda macam ni? Kenapa tak sejak dulu lagi dia bagi khidmat percuma kepada rakyat?
Sebab sebelum ni, dia rasa dia selesa. Bukan kerja dia nak buat semua benda ni. Lagi pun, dia bukan tau nak buat semua benda tu.
Kalau dulu, ada jugak orang bawahan dia yang buat. Dia setakat tau datang tunjuk muka je. Tapi, disebabkan dah ramai orang dia yang mula tinggalkan dia, terpaksa la dia buat sendiri.
Yang peliknya, kenapa dia buat benda yang sama macam Kerajaan Pusat buat ek? Kalau Kerajaan Pusat ada Klinik 1Malaysia. Yang dia buat Klinik Rakyat.
Tu tak kira meniru pulak ke? Dulu bukan main lagi cakap pihak Kerajaan suka tiru idea dari pihak Pakatan Pembangkang. Sekarang ni, kenapa terbalik pulak?
Sebelum ni, Papa dia kata, sistem memberi kesihatan percuma kepada rakyat ni salah satu sistem yang diperkenalkan oleh APCO. Jadi, adakah Si Nurul Izzah ni ikut sistem yang sama?
Inilah masalahnya dengan wakil rakyat dari kalangan Pakatan Pembangkang ni. Orang dah bagi jawatan, dia buat main - main. Bila dah nak dekat dengan Pilihan Raya, baru la buat - buat sibuk.
Kalau setakat tau nak turun sewaktu menjelang Pilihan Raya je, baik tak payah jadi wakil rakyat!!! Baik dia duduk je kat rumah. Layan anak - anak dan laksanakan tanggujawab sebagai isteri. Ada jugak faedahnya dari menyusahkan orang!!!
Tanam padi dinegeri kedah
BalasPadamLetak garam kerbau menjilat
Besar sangat ke sumbangan IZZAH
Kerja ni Atandan Klinik pun boleh buat!