Sabtu, Jun 09, 2012

KUALA LUMPUR - Pengusaha pusat kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah hari ini ‘melepaskan geram’ terhadap suaminya dan juga peguam syarie yang mewakili lelaki itu, yang didakwa bersuhabat untuk menjatuhkannya dan memasukkannya ke dalam penjara.

Situasi itu tercetus apabila Sri Wani dengan izin mahkamah, bangun sambil mendakwa peguam syarie Muhammad Hafiz Abdul Rasid bersubahat dengan suaminya, Dr. Bahrom Sanugi, 61.

Tindakan itu turut membuatkan Muhammad Hafiz ‘melenting’ lalu menyuruh Sri Wani diam dan duduk.

Keadaan tersebut berlanjutan beberapa ketika di Mahkamah Tinggi Syariah di sini sehingga terpaksa ditenangkan.

Terdahulunya, wanita terbabit yang sebelum ini diminta tunjuk sebab mengapa tidak boleh dipenjarakan kerana melanggar perintah, hari ini ‘membalas’ tindakan suaminya itu dengan memohon agar kesemua kes berkaitan mereka digantung buat sementara waktu.

Sri Wani yang diwakili peguam syarie, Boestamam Ahmad membuat permohonan tersebut selepas meragui alamat rumah di Taman Dato’ Senu yang digunakan oleh suaminya itu sebagai alamat pemastautin adalah tempat kediaman suaminya itu.

‘‘Pihak kami mohon mahkamah menyiasat kesahihan alamat di Taman Dato’ Senu. Kami hantar semua dokumen di alamat terbabit tetapi Bahrom tiada di situ,’’ katanya.

Oleh itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan memerintahkan agar kedua-dua pihak memfailkan jawapan dan hujah masing-masing berhubung permohonan untuk menggantung prosiding.

Beliau juga menetapkan keputusan bagi permohonan tersebut pada 30 Ogos ini manakala keputusan sama ada Sri Wani perlu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan tetap diteruskan pada 19 Jun ini.

Sri Wani, 37, menjadi perhatian ramai selepas Bahrom memfailkan permohonan faraq (dipisahkan perkahwinan) pada 17 Januari tahun lalu dan pada awal tahun ini, beliau memohon perintah mahkamah agar isteri ketiganya itu menjalani ujian DNA selepas meragui jantina sebenar wanita terbabit.

Permohonan menjalani ujian DNA itu dibuat mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

Pasangan tersebut berkahwin di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2008.

Ps: Moral kisah diorang ni ialah; Kalau nak kawin, tak payah la pergi ke Thailand. Kawin je kat Malaysia ni kan senang. Semuanya akan diperiksa terlebih dahulu. 

Ini tidak. Nak jugak kawin kat luar Negara. Dah jadi macam ni, tak pasal - pasal je buat malu keluarga. Sekarang, mana nak sorok muka woi!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping