Jumaat, Julai 20, 2012


Boleh sakit jantung Si Nik Aziz tu bila dia baca cerita kat bawah ni nanti. Mana tidaknya, orang kampung dia sendiri dah tak percaya dengan dia.

Kalau setakat orang luar tu, boleh jugak la dia buat tak tau. Ini tidak. Pulak tu bukan sorang dua. Sampai 160 orang!!! Ramai, Gila!!!

Nampak sangat la yang memang betul PAS ni tak tau nak jaga Kebajikan Rakyat. Kalau tidak, takkan la sampai begitu ramai yang keluar dari parti tersebut. Bak kata MB Pahang, tak kira la berapa ramai yang keluar sekali pun. Yang penting diorang keluar dari parti tu!!!
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikejutkan setelah 160 orang ahli dan penyokong PAS di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa menyertai Umno, semalam.

Kesemua mereka adalah penduduk di Kampung Pulau Melaka, Kampung Babong, Kampung Hujung Tanjung dan Kampung Tok Wu yang mendakwa mereka tertarik dengan pendekatan dan inisiatif yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang lebih menjamin masa depan rakyat.

160 ahli dan penyokong PAS tersebut menyerahkan borang keahlian mereka kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom melalui  Azlan Che Pa, 41 semasa pembukaan Silat 1Malaysia di Kampung Babong di sini.

Azlan berkata pelbagai program dan transformasi inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri adalah relevan kepada kesejahteraan rakyat sekali gus akan memastikan kestabilan ekonomi negara.

Seorang lagi penyokong PAS, Fadzil Ismail, 36 berkata selama 20 tahun beliau bersama PAS mendakwa tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh parti itu untuk membangunkan rakyat dan negeri.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir yang ditemui semalam turut menyifatkan kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Syeikh Dr. Sulaiman Saloomi perlu diberi perhatian walaupun kenyataan tersebut datangnya daripada Ahli Teologi Islam negara luar.

Sulaiman sebelum ini berkata golongan yang menolak perpaduan termasuk mereka yang mengaku alim perlu ditentang kerana tindakan tersebut amat jelas berlawanan dengan al-Quran dan hadis yang menyuruh umat Islam bersatu-padu.

Beliau berkata, bagi mereka yang arif dalam agama tetapi menolak perpaduan, pendirian tersebut jelas bukan disandarkan kepada ajaran Islam sebenar, sebaliknya hanya sekadar pendapat peribadi.

Ini kerana, menurutnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya berpecah-belah, sebaliknya umatnya diperintahkan supaya bersatu-padu seperti yang dinyatakan menerusi al-Quran dan hadis.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Silap langkah tersembam ketanah
    Lengan termasok kedalam paya
    Raayat bukan nak dengar ceramah
    Kesenagan dunia pun perlu juga

    BalasPadam
  2. Lepas ni suruh PAS buat parti tupperware je la...

    BalasPadam
  3. tu baru kubu dia..belum lagi kubur dia kena gegar..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping