Isnin, Julai 30, 2012

PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktres Nora Danish secara sembunyi.
Aktor yang mesra disapa Sam, 30, itu berkata gosip berkenaan yang diterbitkan dalam sebuah ruangan pojok akhbar mingguan pada Ahad adalah satu laporan yang tidak benar sama sekali.
“Benda (gosip) ini mengarut. Saya pun tidak pasti bagaimana cerita begini boleh timbul kerana ia langsung tidak berasas dan tidak logik.
“Saya terkejut sebenarnya kerana baru dimaklumkan oleh mummy (ibu) mengenai gosip itu ketika kami bersahur pada pagi ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Isnin.
Laporan akhbar tersebut mendakwa cinta di antara Sam dan Nora, 30, mula berputik ketika mereka bergandingan dalam penggambaran filem terbaru berjudul 2 Kalimah arahan Eyra Rahman, baru-baru ini.
Sam berkata, gosip terbaru itu mengingatkannya kepada dakwaan yang pernah mengaitkannya dengan aktres Wawa Zainal sebelum ini.
“Apabila timbul pula gosip mengaitkan saya bercinta dengan Nora, ia terus mengingatkan saya kepada gosip lama yang mengaitkan saya Wawa Zainal.
“Kedua-dua cerita ini sangat mengarut kerana saya sebenarnya tidak rapat dengan mereka sehingga boleh dituduh mempunyai hubungan,” jelasnya.
Ditanya adakah gosip itu timbul bagi tujuan gimik promosi filem berkenaan, Sam berkata, dia tidak pasti mengenai perkara tersebut.
“Entahlah, saya pun tidak tahu cerita ini timbul atas tujuan gimik atau ada pihak yang menyampaikan benda tidak betul.
“Kami hanya bertemu di set penggambaran dan tidak berhubungan selepas tamat penggambaran, sebab itu saya pelik apabila gosip ini timbul,” jelasnya.
Mengenai perkembangan terbaru, aktor yang bakal muncul dengan filem SAM pada 19 Ogos depan berkata, dia hanya mahu berehat di samping keluarga sepanjang Ramadan ini.
“Penggambaran filem 2 Kalimah pun sudah tamat, jadi saya hanya berehat di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga sahaja sepanjang Ramadan ini,” kongsinya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping