Isnin, Ogos 13, 2012


Halamak!!! Apa dah jadi ni? Baru je dia bukak kedai jual biskut dua minggu lepas, hari ni dah tutup kedai? Perniagaan dia tak laku ke?

Ke dia terasa dengan komen yang diberikan oleh Si Minah Pening tu sebelum ni yang mengatakan rezeki artis ni tak Halal selagi tak sokong PAS? Apa - apa pun, meh baca dulu apa ceritanya. Layan!!!
Sebelum ini OHBULAN! pernah menulis artikel mengenai Tasha Shilla yang menjual biskut raya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tidak mengendahkan statusnya sebagai selebriti, Tasha Shilla tetap menjual biskut rayanya di tempat terbuka.
Namun, dia ketika ditemui pada 9 Ogos lepas telah memberitahu bahawa kini kedainya telah pun ditutup disebabkan stok yang sudah pun habis dijual.
“Saya telah membuka kedai biskut raya saya selama 2 minggu dan kesemua stok telah pun habis dijual,” ujar Tasha Shilla.
Pelakon yang sering dikaitkan dengan gosip-gosip panas ini turut memberitahu bahawa dia telah mengutip keuntungan lebih dari yang dijangkanya. Ditanya apakah yang akan dilakukan dengan keuntungan tersebut, sambil tergelak Tasha menjawab, “Saya akan gunakan duit untung ini untuk membeli perabot baru di rumah.”
Ketika membuka booth di “Bazar Terbaik Raya TV3″ yang telah diadakan selama 2 hari di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama minggu lepas, Tasha turut memberitahu bahawa dia telah mengaut lebih RM5000 keuntungan dalam masa sehari.
Baguslah kalau begitu, sekurang-kurangnya sekarang kita tahu, Tasha sememangnya menggunakan hasil titik peluh sendiri untuk menikmati kemewahan yang dimilikinya sekarang.
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping