Jumaat, Ogos 17, 2012



KENANGAN menyambut lebaran menghadirkan begitu banyak momen indah buat pasangan adik-beradik, Rozita dan Ayu Raudhah, tatkala mereka masih dapat bersama-sama meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa di kampung halaman terlebih dulu.
Menceritakan momen-momen menarik yang dilalui, Rozita memberitahu kemeriahan menyambut Aidilfitri semakin dirasai ketika seminggu sebelum umat Islam meraikan satu Syawal.
"Kalau di kampung dahulu saya dan Ayu serta adik-beradik yang lain sudah sibuk membuat persiapan setiap kali menjelangnya Syawal. Selain mengemas rumah, kami juga sibuk menyiapkan biskut raya.
"Biasanya ada tujuh jenis biskut raya akan disediakan memandangkan setiap hari kami akan menyiapkan satu jenis kuih sehingga penghujung Ramadan. Suasana menjadi lebih meriah apabila semua adik-beradik akan turun ke dapur untuk membantu ibu," ujarnya.
Ujarnya, antara biskut raya yang disediakan termasuklah biskut buah pinggang, badam potong, trafel ball, chocolate rice, makmur dan semperit. Memang setiap tahun itulah yang akan disediakan selain ketupat palas sebagai hidangan wajib.
"Kalau diikutkan memang nama-nama biskut yang kami hasilkan ini agak pelik, tetapi kesemua biskut berkenaan merupakan resipi yang dimiliki oleh ibu semasa dia menghadiri kelas memasak dahulu.
"Malah, ibu kami turut menyimpan pelbagai resipi masakan yang lain ketika menghadiri kelas berkenaan, tetapi semuanya sudah dimakan anai-anai," jelasnya yang turut membeli banyak biskut raya.
Bagaimanapun, Rozita memberitahu, kemeriahan yang dilalui itu hanya dapat dirasai suatu ketika dahulu, memandangkan kini adik-beradiknya sudah berumah tangga dan mempunyai komitmen masing-masing.
"Sekarang suasana kemeriahan menyambut Syawal sudah jauh berbeza dan tidak lagi sama seperti dahulu. 


"Misalnya, saya sendiri yang hanya dapat pulang ke kampung beberapa hari sebelum raya kerana selalu sibuk dengan penggambaran," ujarnya yang pulang ke Alor Setar pada 16 Ogos bersama anak-anaknya.


Sementara itu, pelakon berkenaan memberitahu, sudah menjadi tradisi mereka sekeluarga yang mengadakan rumah terbuka pada hari raya ketiga dan dua hari kemudian mereka akan bercuti pula ke Pulau Langkawi.
Jelasnya, cuma pada hari raya sahaja dia dapat bercuti dalam tempoh yang agak lama dan peluang bercuti itu akan digunakan sebaik-baiknya untuk menghabiskan masa bersama ahli keluarga yang lain.
"Pada tahun ini saya dapat bercuti daripada menjalani penggambaran selama dua minggu sahaja bermula pada 13 Ogos lalu. Selepas itu saya akan kembali ke lokasi untuk menjalani penggambaran sebuah filem yang diarahkan oleh Mamat Khalid.
"Kalau nak diikutkan masih ada lagi tawaran yang saya terima, misalnya terlibat dengan rakaman untuk program raya. Namun, saya terpaksa menolaknya kerana mahu memberi tumpuan untuk persiapan raya," ujarnya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping