Halamak ai!!! Kenapa la kejam sangat diorang ni ye. Tak de kesian lansung kat Si Ketua Penipu tu. Udah la dia dah berbogel hari tu.
Kali ni, dah terbogel pulak jadi dalang membuat fitnah terhadap Datuk Seri Najib. Pun masih perlu dibogelkan lagi dengan siasatan pulak!!!
Tapi ye la. Memang patut pun disiasat perkara tersebut sebab ianya melibatkan keselamatan dan maruah Negara yang dah dicemarkan oleh puak - puak Pakatan tu.
Lagi pun, puak - puak Pakatan tu tak boleh nak salahkan orang lain dalam hal ni. Semuanya salah Si Ketua Penipu tu sendiri jugak. Dia sendiri yang cari penyakit.
Siapa suruh dia tak buat laporan Polis dan ambik tindakan untuk menyaman pihak yang buat pendedahan tersebut? Dan apa tengkoraknya dia sibuk buat rancangan nak menabur fitnah yang bukan - bukan!!! Sekarang, dia tanggung la sendiri!!!
PADANG RENGAS 11 Ogos - Pendedahan mengenai komplot fitnah di sebalik akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasundram yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu wajar disiasat.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, dakwaan itu bukan sahaja serius kerana melibatkan pemimpin negara, tetapi juga membabitkan kredibiliti sistem perundangan."Segala dakwaan ini perlu disiasat bagi melihat kesahihannya. Lihat apa yang didedahkan supaya rakyat mengetahui kebenaran dan membuat penilaian," katanya selepas menyampaikan bantuan hari raya sempena Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di sini hari ini.Utusan Malaysia hari ini melaporkan pendedahan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin bahawa akuan bersumpah Balasubramaniam yang menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan itu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.Raja Petra mendakwa Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berperanan bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib dan perkara itu diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mohamed Nazri menegaskan, negara memberi kebebasan bersuara terhadap semua rakyatnya termasuk Raja Petra yang mempunyai hak mendedahkan perkara yang dianggap benar secara bertanggungjawab.Bagaimanapun kata beliau, masih terlalu awal untuk membuat sebarang justifikasi berhubung pendedahan Raja Petra itu."Kita kena melihat kesahihan selepas siasatan dilakukan, terlalu awal untuk kita membuat apa-apa kesimpulan berhubung perkara yang didedahkan," ujar beliau.
siasat jangan tak siasat. jangan cakap je nak siasat tapi tunggu punya tunggu akhirnya p. ramlee bercengkerama di bawah sinaran lampu minyak tanah kerana bulan tak timbul-timbul.
BalasPadamsaya telah pautkan blog saudara.
BalasPadammohon saudara pautkan blog saya.
di sini..http://selamatperak.blogspot.com/