Ibarat pepatah, sambil menyelam minum air. Begitulah yang dilakukan pelakon muda, Siti Saleha yang mengambil kesempatan hari raya ini dengan bercuti bersama keluarganya.
Baru tiga tahun dalam industri hiburan tanah air, gadis berusia 22 tahun ini mengakui tahun ini merupakan tahun tersibuk buatnya beraya sebagai selebriti.
Berkat penangan Nora Elena, pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum ini mengakui sepanjang bulan Ramadan lalu, jadualnya begitu padat dengan penggambaran drama mahupun filem.
“Alhamdulillah, rezeki saya pada tahun ini semakin banyak. Boleh dikatakan sepanjang tahun ini saya begitu sibuk menjalani penggambaran drama dan filem jadi ruang untuk berehat sedikit terhad.
“Bagaimanapun, saya bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Apabila difikirkan kembali, usia muda seperti ini kita perlu banyak bekerja keras, namun saya masih lagi menitikberatkan soal penjagaan kesihatan.
“Jadi, kesempatan hari raya ini saya ambil untuk merehatkan diri dan bercuti bersama keluarga,” katanya yang berhari raya di Klang.
Mengakui raya tahun ini dirasakan lebih meriah, Siti Saleha berkata, kelainan rayanya kali ini adalah dengan kunjungan kakaknya, Rosnah Tracey yang sudah lima tahun tidak pulang beraya bersama keluarga mereka.
“Raya tahun ini begitu bermakna buat kami sekeluarga kerana selepas lima tahun kakak saya yang menetap di United Kingdom pulang berhari raya bersama kami sekeluarga.
“Jadi, dengan kepulangan itu kami sekeluarga merancang pelbagai perkara untuk dilakukan bersama sepanjang Syawal ini.
Antaranya ialah dengan membawa kakak bercuti ke Pulau Perhentian memandangkan dia begitu gemarkan suasana pulau,” katanya yang merancang pergi ke spa semasa di pulau tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.