SEDIKIT sebanyak, isu membabitkan mahasiswa pasti mengganggu minda masyarakat, apatah lagi kebangkitan golongan itu kebelakangan ini agak ketara.
Kebangkitan itu juga ibarat isyarat mahasiswa hari ini lebih mudah dipengaruhi atau terpengaruh dengan sesuatu isu berbentuk provokasi berbanding perkara rasional.
Sedangkan antara matlamat utama institusi pengajian tinggi (IPT) ialah membantu mentransformasikan minda serta diri mahasiswa menjadi lebih terbuka, peka, dinamik dan berwibawa.
Namun, usaha itu tampak sukar dengan mentaliti mahasiswa sukar diubah. Apakah peningkatan nilai ilmiah di kalangan mereka masih lagi di takuk lama?
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, proses itu berdepan halangan kerana mereka sendiri membuat batasan terhadap perubahan ingin dilakukan.
Beliau berkata, transformasi mudah jika dilaksanakan melalui kata-kata, sebaliknya perubahan bagi menganjakkan nilai pemikiran serta perbuatan adalah cabaran terbesar.
“Semua boleh melakukan transformasi melalui kata-kata, tapi hakikatnya mereka akan gagal jika melaksanakannya melalui perbuatan.
“Ini menunjukkan transformasi bukan mudah kerana berkait rapat dengan cara berfikir, kesedaran dan motivasi melakukan perubahan.
“Masalahnya, cara pemikiran mahasiswa kita tidak sama serta ada pelbagai definisi. Itu menyebabkan proses perubahan yang ingin dilaksanakan sukar dan bersimpang-siur,” katanya.
Pembabitan mahasiswa yang lebih menjurus kepada perlakuan negatif kebelakangan ini cukup membimbangkan masyarakat, apatah lagi mereka mengharapkan golongan itu sebagai ejen perubahan masa depan.
Kegusaran semakin bertambah apabila melihat mudahnya mereka dipergunakan dalam ‘memanaskan’ sesuatu isu hingga menimbulkan tanggapan kurang menyenangkan.
Apatah lagi pencapaian sebahagian besarnya yang kurang cemerlang dalam akademik menjadikan mereka sasaran mudah untuk disalahkan. - SUMBER
Ps: Apa pun, pilihan ditangan individu. Kalau dia boleh berfikir secara rasional, dah tentu semua ni takkan berlaku.
Tinggal lagi, diorang ni lagi suka ikut emosi dan berfikir guna Kepala Lutut. Itu pasal la diorang suka buat benda yang bukan - bukan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.