Khamis, Ogos 16, 2012


Pulak dah. Dah dia tuduh pulak Ustaz Nasharudin Mat Isa tu gila kuasa pulak. Hanya semata - mata Ustaz Nasha mempertahankan Hudud, sanggup dia dituduh macam tu ye.

Kata Si Khalid Gereja ni, Ustaz Nasha keluarkan kenyataan yang menentang dasar persamaan dalam Pakatan Pembangkang adalah sebab dia kecewa tak dapat jawatan.

Kononnya, kata Khalid, Ustaz Nasha mengimpikan jawatan yang lebih tinggi sekiranya UMNO dan PAs bergabung dan mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

Nah!!! Setakat itu je tahap mentaliti seorang pemimpin PAS rupanya. Kalau orang tu nak memperjuangkan Islam, dia buat la dakwaan yang bukan - bukan.

Pantang ada orang nak menegakkan Islam, habis semuanya dia buat tuduhan yang buruk - buruk belaka. Adakah itu peribadi seorang yang KONONnya memperjuangkan Islam?

Apa salahnya jika UMNO dan PAS bergabung? Itu persoalan yang perlu dijawab dan dijelaskan kepada rakyat.

Adakah dengan gabungan tersebut, tidak ada sebarang kelebihan yang dapat diperolehi dan dikecapi oleh umat Islam secara keseluruhannya?

Atau adakah orang macam SI Khalid Gereja ni hanya memikirkan tentang kepentingan diri sendiri lebih dari kepentingan Ummah seluruh Negara?

Nampak sangat la pemimpin PAS seperti Khalid Gereja ni sebenarnya bukan berniat nak memperjuangkan Islam sangat. Yang diorang perjuangkan hanya untuk diri diorang sendiri je sebenarnya!!! Bukannya nak berjuang untuk Islam sangat pun!!!
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyifatkan gesaan dibuat oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya parti itu keluar dari Pakatan Rakyat (PR) kerana DAP menolak pelaksanaan hudud adalah kerana kekecewaan beliau tidak dapat melihat penggabungan Umno dan Pas.

Malah beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor beranggapan Nasharudin mungkin mengimpikan untuk mendapat jawatan lebih tinggi sekiranya idea penggabungan tersebut berhasil.

“Secara peribadi saya rasa dia sengaja nak timbulkan isu dan saya rasa dia (Nasharudin) memang kecewa apabila Pas tidak mahu bersama dengan Umno maka dia hilang peluang untuk pegang jawatan lebih besar kerana sekiranya ianya terjadi mungkin boleh dapat jawatan di peringkat pusat.

“Mungkin itulah dia (Nasharudin) melihat terlepas dan pada masa sama kecewa kalah dalam pertandingan merebut timbalan presiden lantas menyebabkan dia ‘tidak seperti dahulu’,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.
Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. saya x kisah kalau hudud x laksana..kerana x terdapat dalam rukun islam pun....apa yg penting perpaduan dan akidah umat islam masa kini...

    BalasPadam
  2. x kesah kalu hudud x dilaksana kerana ianya bukan termasuk rukun islam..apa yg penting perpaduan umat islam...agar tidak ditindas oleh org kafir...

    BalasPadam
  3. Stuju dgn komen tanpa nama..

    BalasPadam
  4. Stuju dgn komen tanpa nama..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping