Melihat fenomena artis bertudung ni, Semut mampu menarik nafas lega sebab kebanyakkan mereka sudah pun berhijrah dengan niat yang ikhlas.
Kemungkinan besar, ianya sudah menjadi trend masa kini atau mungkin mereka diberikan hidayah untuk mengubah cara hidup mereka.
Mungkin jugak mereka ni terpengaruh dengan trend fesyen bertudung yang menjadi tarikan utama masa kini. Mungkin mereka terkena sindrom 'Hijabtista'.
Tetapi, ada segelintir dari mereka ni yang jenis tak sedar diri. Hidayah yang diberikan telah disalah guna dan dilakukan dengan cara yang tak ikhlas.
Tujuan dia berhijrah bukan sebab kerana Islam. Tetapi sebaliknya kerana ada niat yang tertentu. Namun ia tidak memberi mereka hak untuk menghina orang lain.
Dah banyak kali dah disebut bahawa manusia diberi hidayah dari Allah S.W.T bukan untuk menimbulkan rasa riak didalam jiwa, tetapi untuk merendahkan diri dimata Rabbul Jalal.
Kepada yang benar - benar ikhlas, mereka akan tetap dengan pendirian dan mencari keredhaan Allah S.W.T. Ramai yang buat macam tu. Tinggal lagi ada sorang dua je yang pening dengan perubahan tersebut!!!
Mengambil kesempatan untuk memulakan langkah penghijrahan yang baru dalam kehidupannya pada bulan ramadan yang mulia ini, pelakon dan pengacara, Sharifah Aleeya akui sudah mula berhijab pada tanggal 1 Ramadan lalu.
Namun begitu, Sharifah Aleya tidak mahu menjelaskan mengapa dan sebab apa dia mahu tampil dengan imej terbarunya.Mala, dia menganggap ianya sangat peribadi untuk dikongsi."Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai penghijrahan saya kerana bagi saya ianya sangat peribadi untuk dikongsi. Namun, sejak 1 ramadan lalu, saya sudah mula bertudung dan InsyaAllah ianya akan berkekalan hingga akhirnya."Alhamdulillah juga kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokonga., kata beliau.-murai.comALHAMDULILLAH. DAH BERTUDUNG TAPI TAKDE LA KECOH MACAM SORANG ARTIS NUN SIAP NAK TUNJUK LAGAK BAGAI!INILAH CONTOH YANG KITA MAHUKAN. WASATIYYAH DALAM SEGALA HAL! - sumber
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.