Selasa, Ogos 14, 2012


Dalam artikel ni, Semut tak nak komen apa - apa. Korang baca je apa yang nak disampaikan oleh Negara Ulung Malaysia ni.

Sejak dari zaman dia jadi Perdana Menteri lagi, Tun memang dianggap sebagai musuh ketat Israel. Perkara tu tak dapat dinafikan. Jadi, tak mustahil pihak Israel ada pasang proksi mereka di Malaysia ni. Tinggal lagi, siapa? Yang tu, korang fikir la sendiri!!!
KUALA LUMPUR - Terdapat kebenaran kepada dakwaan bahawa Israel memerintah dunia melalui proksi, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

"Saya tertanya-tanya adakah orang menyedarinya atau tidak tetapi calon-calon presiden Amerika Syarikat iaitu kuasa besar tunggal, semua perlu mendapatkan kelulusan daripada Israel. 

"Calon Republikan bagi jawatan Presiden, Mitt Romney, baru sahaja menziarahi Tel Aviv dan telah membuat akur janji terbuka bahawa beliau akan lebih tegas terhadap rakyat Palestin dan Iran berbanding Obama (Pesiden Barack Obama), katanya dalam entiri terbaru dalam blognya di chedet.cc hari ini. 

Dr Mahathir percaya tidak lama lagi Obama akan melakukan lawatan sama dan akan menaburkan banyak lagi janji untuk berjuang bagi Israel.    

"Situasi ini ganjil dan rakyat Malaysia tidak berfikir pendekatan ini elok semasa pilihan raya umum. 

"Bagaimana jika calon-calon Malaysia bagi pilihan raya terpaksa melawat negara jiran untuk berjanji persahabatan kita atau menyokong mereka?

"Pilihan raya kita adalah untuk memperoleh sokongan rakyat Malaysia untuk parti yang akan membentuk kerajaan. Apa yang negara lain berfikir mengenai dasar-dasar kerajaan kita adalah tidak relevan," katanya.

Rupa-rupanya, Dr Mahathir berkata ia bukan dengan kes Amerika yang mana semua calon benar-benar berikar kesetiaan kepada Israel atau menanggung risiko kalah pada pilihan raya. 

"Ia bukan mengira mengenai apa yang baik untuk Amerika Syarikat.    

"Orang boleh bayangkan dasar-dasar yang diguna pakai oleh mana-mana kerajaan atau presiden yang menang dan ia jelas Amerika Syarikat tidak boleh mengabaikan pandangan Israel ketika bertindak balas terhadap apa-apa yang menjadi kebimbangan Israel," katanya. 

"Nampak seperti negara kecil menguasai dunia," jelasnya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping