NAMPAKNYA menjadi popular bukan tiket menjadi kesayangan ramai. Juri X-Factor, Demi Lovato merupakan antara mangsa buli ketika zaman persekolahannya.
Bekas bintang Disney itu mengakui dia membesar dengan persekitaran yang kurang memberansangkan.
"Saya menghadapi waktu-waktu sukar ketika bersekolah dulu. Mereka menulis petisyen membenci saya dan disebarkan untuk ditandatangani.
"Mereka adakan parti menghentam album saya. Mereka datang ke rumah, berdiri di sebarang jalan dan menjerit-jerit.
"Ini satu tempoh masa yang sangat emosional buat saya. Ketika itu, ada masanya saya rasa saya tidak mampu bertahan," kata Lovato yang pernah mendapatkan rawatan bagi masalah yang disebabkan oleh popularitinya itu.
Tidak mahu remaja lain mengalami nasib sepertinya, Lovato baru-baru ini telah bersetuju untuk menjadi duta kepada kempen Secret Mean Stinks bagi menggalakkan pelajar perempuan bersatu menentang gejala buli di sekolah.
"Saya dapat tahu mengenai program ini tahun lepas dan terfikir bahawa satu peluang yang bagus. Mereka benar-benar mahu berusaha untuk menghalang gejala ini," katanya.
Baru-baru ini dia bukan sahaja membuat kunjungan mengejut malah sempat memberi ceramah mengenai gejala buli kepada sekumpulan pelajar di New York, Amerika Syarikat.
Ps: Hmm... Berbeza pulak dengan seorang model yang ada di Malaysia ni ye. Kerja dia setakat berposing sambil pijak gambar pemimpin Negara. Macam dah tak ada kerja lain la pulak ye tak. Macam sial!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.