Rabu, Oktober 03, 2012


Hadus!!! Bukan main bengkak lagi Si Anak Dara Muka Berminyak ni bila Si Khalid Gagap tu kena perli dek Assmin ye. Sampai tumpah minyak dari muka dia. Hehehe... 

Tapi, heran jugak. Kenapa pulak Si Faekah ni nak marah pulak dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Assmin tu? Salah ke kalau ditukar Menteri Besar Selangor tu?

Selama ni pun, apa yang Si Khalid Gagap tu dah buat untuk memajukan Negeri Selangor dibawah Rejim pemerintahan dia? Tak de pun.

Nak kata dia jaga Kebajikan Rakyat tak de jugak. Kalau setakat bangga dengan cerita pasal air percuma, tu pun kena saman jugak. Jaga menda kejadahnya kalau macam tu.

Apa yang Si Khalid Gagap tu buat hanyalah menjual tanah Yayasan Basmi Kemiskinan untuk dijadikan tempat komersil yang mampu menjana eko-no-money poket dia sendiri.

Persoalan seterusnya ialah, adakah Si Faekah tu nak halang Si Khalid Gagap tu naik ke peringkat lebih tinggi? Kalau ikut kata Si Assmin, Khalid mungkin duduk dalam Kabinet.

Si Faekah tu tak nak ke Khalid jadi Menteri? Takkan dia setakat nak jadi Menteri Besar je kot. Kalau jadi Menteri, lagi banyak benda dia boleh makan. Tu pun Faekah tak nak?

Apa yang paling kelakar mengenai kenyataan Faekah ni ialah apabila rakan - rakan PAS mempersoalkan kenyataan Faekah tu. Untuk apa dia serang Assmin?

Bukan ke sebelum ini pemimpin tertinggi dah bagi amaran supaya jangan bertelagah sesama sendiri. Jadi, kenapa pulak Faekah nak marah - marah tak tentu arah ni?

Nampak sangat la agenda sebenar Si Faekah ni adalah sebab peribadi. Dia bukannya nak membela Si Khalid Gagap tu sebenarnya.

Apa yang Faekah buat adalah demi survival Politik dia sendiri. Semua orang tau yang Si Faekah ni bergantung harap pada Khalid. 

Kalau Khalid tak jadi MB, dia bukan ada apa - apa pun. Kalau dia tak jadi Setiausaha Politik Khalid, tak de siapa kenal dia. Bak kata seorang sahabat Semut, "She's Nothing!!!" Jadi tak payah la dia nak meroyan tak tentu arah!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping