Isnin, Oktober 08, 2012


Kalau diikutkan kenyataan dari Ustaz Haron Din ni memang boleh melayakkan untuk dia dipecat dari jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS.

Mana tidaknya. Sebelum ini, Datuk Dr. Hassan Ali juga pernah melakukan perkara yang sama iaitu mengkritik Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan.

Pun Datuk Dr. Hassan Ali dipecat dari parti hanya semata - mata kerana bertindak sedemikian. Jadi, sekarang, kenapa PAS tak buat benda yang sama terhadap Haron Din?
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.

Minggu lalu, Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar.

Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia.

Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), “sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia” hari ini.

Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi “tidak semestinya sembahyang lima kali sehari,” diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.  

Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.

"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri. Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.

“Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita,” tegas beliau.

Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR.

“Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP," kata Haron.

Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara yang sempurna.

"Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam. Yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap. Maknanya (meliputi) apa sahaja kehidupan manusia. Islam juga menawarkan penubuhan negara Islam yang lengkap,” kata beliau.
Jika benar PAS tidak mahu ikut cara PKR atau DAPigs, kenapa mereka masih lagi kekal didalam Pakatan Pembangkang? Kenapa mereka tak keluar?

Itu persoalan yang menjadi tanda tanya bukan sahaja dikalangan rakyat Malaysia sahaja. Tetapi dikalangan ahli - ahli PAS sendiri.

Tapi jangan pelik la kalau nanti ada dikalangan pemimpin - pemimpin PAS yang memberi jawapan bahawa kenyataan itu hanya pandangan peribadi Ustaz Haron Din sahaja. Sebab memang itulah jawapan yang mampu diorang bagi pun!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping