Rabu, Oktober 10, 2012



NAMA pelakon baru ini kecoh sejak dikatakan tak berdisiplin di ruangan pojok Syed Gebang minggu lalu. Pelakon yang dikenali menerusi drama Kau Yang Terindah itu didakwa sebegitu kerana tidak menghadirkan diri ke sesi fotografi pada 26 September lalu. 

Alasannya, dia minum ubat batuk sehingga terlena dan terlambat bangun tidur. Sepatutnya, Emma Maembong hadir ke sesi fotografi pukul 11 pagi untuk sesi menata rias oleh juru mekap yang muncul setengah jam awal.

Setelah gagal menghubungi Emma dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) hampir dua jam, Emma akhirnya menghubungi penulis memberitahu keadaan diri.

Benar, penulis yang membatalkan sesi fotografi itu kerana terikat dengan kerja-kerja lain yang berturutan setiap minggu. Penulis juga tak mahu ambil masa juru mekap terlalu lama.

Perlu diingat bahawa polisi menghasilkan kulit Pancaindera sangat cerewet. Semuanya kena sempurna bermula dari cara mekap, baju dan gaya posing artis. 

Tak ada istilah tangkap muat dan sekiranya ada kesilapan, pasti akan menjejaskan kerja berpasukan. Jadi masalah di sini, adakah Emma seorang yang tidak berdisiplin? Dia pantas dinafikannya. 

Tegasnya, "Saya jenis yang berdisiplin. Saya bukan sengaja cari pasal sebab saya bukan artis yang bermasalah. Saya mengaku memang lewat tapi itu berlaku sebab ada masalah kesihatan. Saya juga sangat alert bab masa.

"Ini kali pertama saya berdepan dengan masalah salah faham dengan pihak wartawan. Tak apalah, saya dah pun minta maaf dan terima pengajaran," luah Emma yang mengakui hatinya terkesan bila dikaitkan dengan masalah disiplin.

Adakah anak kesembilan dari 11 beradik ini kerap memungkiri janji untuk sesi fotografi seperti mana yang didakwa? Sekali lagi Emma menafikan.

"Sebelum ini saya tak pernah ada masalah disiplin. Kalau call time pukul 9 pagi, pukul 7 pagi saya dah gerak dari rumah. Tapi tak tahulah, kalau ada fotografi yang saya tak datang sebelum jadi artis. Saya tak ingatlah kalau cerita lama.

"Kalau benar saya ada masalah, saya minta maaf. Saya nak betulkan cerita yang mengatakan saya tak muncul. Kalau cerita itu tak betul, mesti malu bukan? 

Saya terperanjat sebab semua orang terdekat cakap saya okey (tak ada masalah). Tapi berlainan benar dengan apa yang ditulis itu," katanya.

Belajar permainan industri Kalau tak ada angin, tak akan pokok bergoyang. Adakah Emma benar-benar yakin tak pernah mencacatkan nama sendiri dengan masalah disiplin apabila ada pihak lain turut melaporkan perangai buruk Emma itu?

"Sungguh, saya tak tahu kalau ada orang buruk-burukkan nama saya, cakap saya pelakon bermasalah. Tak apalah, biarlah mereka nak cakap apa pun. Saya reda saja.

"Saya tahu dalam industri ini, tak semua orang suka pada kita. Saya reda sebab itu semua asam garam yang kena belajar waktu sekarang ini. 

Permainan industri kita ini ada macam-macam dan saya berharap masalah salah faham sebegini tak berlaku lagi pada masa depan," tutup Emma pada pertemuan Khamis lalu.
Categories:

1 ulasan:

  1. Mohon link dalam blog. Blog saudara sudah ada dlm bloglist saya.
    http://mikka36.blogspot.com/
    T kasih

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping