"Haiya!!! Sudah Tukar Ka!!!" |
Agaknya, Si Din Pudu tu sekarang mula terasa bahang dan bakal di 'kun-taw' oleh YB Datuk Azalina berkaitan dengan isu RAPID Pengerang.
Si Din Pudu tu sebelum ini dicabar oleh Ahli Parlimen Pengerang itu sendiri untuk berdebat mengenai isu tersebut secara umum dan terbuka.
Namun, cabaran itu tidak disahut oleh Din Pudu yang masih berdegil untuk berdebat dengan Menteri Besar Johor sendiri.
Dalam Himpunan yang dibuat baru - baru ni, kepimpinan PKR Johor yang diketuai oleh Si Chua Jui Meng tu dah menaburkan janji untuk menutup projek tersebut.
Malangnya, hasrat Si Bapak Katak Putih tu telah pun diliwat oleh Si Din Pudu dengan menyatakan bahawa Pakatan sokong projek tersebut.
KUALA LUMPUR: PAS menyokong pembinaan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, dan hanya membantah pengambilan tanah daripada penduduk kampung untuk projek mega itu, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub.Sebelum ini Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng mendesak supaya projek RM60 bilion itu dibatalkan terus. Ahli Jawantankuasa Kerja PAS Pusat Mazlan Aliman turut membayangkan bahawa projek itu diselubungi dengan salah laku dan menuding jari kepada Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman.Bulan lalu, pemimpin-pemimpin PAS, DAP dan PKR, beberapa pertubuhan bukan kerajaan pro- pembangkang dan sejumlah penduduk terbabit mengadakan tunjuk perasaan membantah projek itu.Bagaimanapun Salahuddin hari ini mendakwa bantahan itu bukan terhadap projek Rapid tetapi hanya ke atas pengambil alihan tanah penduduk terbabit.“Kita tidak pernah menolak pembangunan di Pengerang. Petronas boleh meneruskan pembangunannya di Johor. Sekiranya Pakatan diberikan amanah untuk mentadbir Johor, maka mereka boleh membangunkan Pengerang ataupun mana-mana tempat di negeri Johor,” kata Salahuddin yang diuar-uarkan calon pembangkang untuk jawatan Menteri Besar Johor.“Tidak timbul isu nak memindahkan Rapid ini ke tempat lain ataupun kita menolak projek ini tetapi dengan satu syarat iaitu 10 kampung itu jangan dihapuskan,” tambah beliau.
Nah!!! Kenapa pulak Si Din Pudu ni tiba - tiba berubah pendirian yang telah dibuat sebelum ini? Bukan ke sebelum ni diorang jugak yang menentang projek tersebut?
Hakikatnya, bantahan dan penetangan yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang sebelum ini tidak mendapat sambutan dikalangan rakyat dikawasan Pengerang sendiri.
Sebab itulah rakyat Pengerang tolak bantahan yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu sebelum ini. Akibat malu, terpaksa la Si Din Pudu jilat balik ludah dia.
Dah cukup jelas bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang ni sekadar nak mencari publisiti murahan dan mempergunakan rakyat demi kepentingan mereka semata - mata.
Tapi rakyat Malaysia ni tak la sebodoh yang diorang sangka. Mereka semua ada otak yang boleh berfikir. Bukan macam puak - puak Pakatan tu. Otak pun letak kat Kepala Lutut. Itu pasal la diorang suka buat kerja yang bukan - bukan!!!
Chua ni dulu menteri, masa dalam BN dulu...Bila masuk PKR jadi pencacai dan dalam kabinet bayangan pun tak dak nama dia dalam senarai menteri pun....kata orang..Tolak Tangga berayun kaki...padan muka.
BalasPadam