“Saya tertanya – tanya kenapa orang yang tinggi ilmu agamanya tapi dia merupakan seorang yang sombong kepada mahkluk lain dan saya tak puas hati sebenarnya.” Itulah luahan hati Diana Amir yang ditemui baru baru ini.
Jelasnya lagi, “Walaupun dia tinggi ilmu agamanya tapi tidak semestinya dia sempurnakan. Tapi bila saya fikir balik sebenarnya tidak ada manusia yang sifatnya sempurna di dunia ini.
Jadi saya rasa watak Laila yang saya bawa dalam Filem Salam Cinta ini memang ada logik la juga” Begitulah kata Diana Amir berkenaan watak yang dibawanya dalam filem Salam Cinta.
Beliau juga memaklumkan cabaran yang dihadapi sewaktu membawa watak ini ialah apabila pada ketika itu usia penghijrahanya baru berusia 2 minggu dan masih dalam proses belajar lagi dan masih banyak tentang ilmu agama yang dia tidak tahu.
Tapi untuk watak Laila ini dia terpaksa berlakon seperti seorang yang tinggi ilmu agamanya. Apabila kami bertanya tidakkah itu realiti terhadap artis yang kini sudah berhijrah, Diana Amir pantas menafikanya,
“Saya kawan dengan ramai rakan artis yang telah pun berhijrah dan semua yang saya kenali sangat positif dan cuba mendekatkan diri dengan agama seikhlas yang mungkin”
Apabila ditanya benarkah ada rakan artis yang cuba memikatnya seperti mana watak Laila, Diana sekali lagi menafikanya “Sehingga hari ni tak ada pun rakan artis yang ingin pikat saya seperti watak dalam Salam Cinta ini.
Tapi kalau ada Alhamdulillah la kan. Saya tak kisah jika orang yang nak pikat saya tu seorang artis atau siapa sahaja.
Tapi yang saya suka orang tu mestilah bijak, ada ilmu agama walaupun tak tinggi tapi dia sanggup berusaha untuk belajar agar menjadi seorang yang mulia disisi Allah Swt.” Itulah serba sedikit lafaz yang sempat Diana Amir ucapkan kepada Crew kami.
Mengakhiri perbualan ini Diana Amir megajak agar penonton sama sama menonton filem yang berunsur islamik ini kerana banyak pengajaran yang boleh diperolehi darinya. Ujarnya “Kalau Mr David Teo boleh menyokong filem sebegini kenapa tidak kita”
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.