Kalau baca kenyataan dari Si Mahfuz Bean ni, dia kata perjuangan PAS tak berubah. Tujuan dia adalah untuk menafikan dakwaan yang dibuat oleh Shahnon Ahmad.
Mahfuz kata, Pakatan Pembangkang yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR tu adalah untuk menumbangkan UMNO yang menjadi teras Barisan Nasional.
KUALA LUMPUR - Pas menyangkal pandangan Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad sambil menegaskan, perjuangan parti itu masih mengikut landasan yang telah ditetapkan enam dekad lalu walaupun bekerjasama dengan rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP.Sehubungan itu menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, kenyataan ahli seumur hidup Pas itu hanya satu pandangan peribadi.Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas tidak pernah berubah daripada matlamat asal parti.Menurutnya, tujuan PR, yang dianggotai Pas, DAP dan PKR, hanya untuk menjatuhkan Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN)."Perjuangan kita sama seperti dulu dan tak pernah berubah," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Nah!!! Tidakkah itu bermakna perjuangan PAS sudah berubah? Kalau dulu, PAS berjuang nak menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hukum Islam.
Tetapi, sekarang ni PAS dah mula lari dari landsan tersebut. Negara Islam bagi mereka dah tak wujud. Mereka bersetuju dengan puak - puak Kafir harbi tu.
Jika mereka tak mahu menegakkan Negara Islam, bagaimana mungkin mereka dapat melaksanakan Hukum Islam? Dah tentu la perlaksanaannya akan jadi mustahil.
Hah!!! Itu pun Si Mahfuz Bean tu masih tak nak mengaku lagi kata yang PAS ni dah berubah dasar perjuangan mereka?
Sudah - sudah la menipu rakyat Malaysia ni. Mengaku je kata PAS sekarang dah jauh berubah dari PAS dulu. PAS sekarang ni Gila Kuasa je. Bukannya nak memperjuangkan Islam sangat!!! Setakat cakap je nak memperjuangkan Islam, menda kejadahnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.