Meskipun hakikatnya, nama pemilik wajah jelita ini bagai tidak pernah berenggang dengan soal kontroversi dan pelbagai spekulasi yang menghujani, jelas dan nyata, kerjanya tidak pernah terganggu apatah lagi dipersoalkan.
Jelasnya berulang kali, inilah impian yang disimpan selama ini dan peluang yang dibentangkan depan mata ini bagai bulan jatuh ke riba, lantas tidak sekali ia akan dipersiakan, jauh sekali diambil mudah.
“Saya inginkan segala macam kerja yang sedang saya lakukan sekarang. Alhamdulillah rezeki dan peluang ini bukanlah datang selalu.
"Justeru mengapa harus saya mengambil mudah ruang terbaik yang diberikan ini. Apa yang perlu saya lakukan adalah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan memastikan kredibiliti peribadi saya sentiasa baik.
“Bagaimanapun saya belajar banyak perkara sepanjang bergelar anak seni. Walaupun saya begitu mementingkan kerja dan tugas yang diberi, ada kalanya saya tidak boleh terlalu terikat dengan pendirian dan prinsip diri kerana tidak semua orang boleh menerima dengan baik.
Cuma apa yang perlu, saya seimbangkan soal kerja dan reputasi diri agar sesiapa yang berurusan dengan saya faham dengan kualiti kerja yang saya berikan.
“Mungkin kerana disiplin dan hasil kerja yang saya utamakan ini membuatkan peluang itu sentiasa diberikan kepada saya,” katanya membuka cerita.
Lofa sempat meluangkan masa bersembang selepas lama tidak ketemu sejak pulang dari cuti Aidilfitri yang lalu.
Hanya mencuri masa kurang seminggu berehat ketika itu, gadis putih gebu berusia 23 tahun yang juga bekas juara pertandingan Dewi Remaja 2010 lekas memenuhi jadual kerjanya semula.
Kronologi percaturan langkahnya memang kemas dan mengundang senyum panjang. Bayangkan, dalam masa kurang setahun, sinarnya tangkas menyinar dan menyuluh laluannya laju ke depan.
Bersandarkan pada filem sulung lakonannya, Azura 2012 tahun lalu, hari ini pelakon kacukan Melayu, Pakistan dan Arab juga kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini sudah kukuh membina empayarnya sendiri.
Namun seperti yang acap kali diingatkan kepadanya, sebesar mana pencapaian yang diraih, sebanyak itu juga kontroversi yang datang hinggap tanpa alasan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.