Rabu, Oktober 10, 2012


Biar pun diselubungi dengan kontroversi - kontroversi yang hangat, pelakon dan pencara 'Hot' dikala ini pun tak sanggup buat kerja gila macam ni.

Mana tidaknya. Hanya orang yang jenis tak sedar diri je yang boleh keluarkan ayat yang cukup angkuh macam Si Tony Puaka tu.

Dia bukan sahaja angkuh, tapi ada hati pulak nak menipu rakyat Malaysia. Mana mungkin seorang warganegara yang bertanggungjawab macam Neelofa nak buat kerja gila tu?

Tinggal lagi, dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni kita tak pelik sangat. Diorang memang pantang kalau ada orang yang banyak tabur jasa macam Tun Dr. Mahathir. Nak pulak kalau orang tu Melayu Islam. Memang la puak - puak DAPigs ni marah!!!
AIDCNews – 09/10/12 – Terpukul dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata undi pembangkang sama dengan undi Soros, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dalam sidang medianya semalam menuduh bekas Perdana Menteri sebagai seorang yang nyanyuk.

“Saya tidak ingin melibatkan Perdana Menteri lalu kerana dia tidak lagi relevan dalam politik kini tetapi kata-kata yang dibuat Tun Dr. Mahathir itu adalah kata-kata yang saya rasa seorang yang telah nyanyuk,” katanya dengan nada sombong.

Tony Pua juga turut menafikan penglibatan pakatan pembangkang dengan penyangak mata wang Yahudi, George Soros, meskipun bekas-bekas aktivis pembangkang membuktikan sebaliknya.

Pada 23 Februari 2004, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Noor Adam merupakan antara individu pertama yang mendedahkan PKR mempunyai hubungan dengan Soros.

“Pada bulan Februari 2004, saya telah membuat pendedahan berhubung penyelewengan dana yang diterima oleh pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan. 

Pada masa itu juga saya telah mendedahkan bagaimana Tian Chua yang merupakan Pengarah SUARAM ketika itu telah mengaturkan pertemuan di antara George Soros dengan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan wakil Tian Chua, iaitu Elizabeth Wong pada penghujung tahun 2003.

“Saya telah mempertikaikan bagaimana Presiden parti tersebut boleh memohon dana daripada seorang berbangsa Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang Malaysia pada tahun 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi terlebih dahulu,” ujar Lokman yang pernah bersumpah di Masjid Negara untuk membuktikan kata-katanya benar.

Lokman yang ditemui semula pada 15 Jun 2011 di Caps Square, Kuala Lumpur menceritakan secara lanjut berkenaan pertemuan pimpinan PKR dengan Soros itu. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping