BENARKAH pelakon cantik dan kacak selalunya tidak pandai berlakon? Meraka hanya menjual wajah dan rupa agar diberi ruang yang lebih besar walaupun tiada pengalaman. Mungkin ada yang berpendapat persepsi negatif ini kurang tepat.
Bagi dua pelakon baru yang sedang meningkat naik ini, mereka menafikan tanggapan tersebut. Tidak timbul isu paras rupa memandangkan kehadiran mereka ke dalam industri ini untuk menjual bakat.
Mungkin 'bahang panas' lebih terdedah kepada Neelofa Mohd Noor. Gadis yang sedang mencipta nama ini acap kali dilabel menjual rupa serta gagal meninggalkan impak kepada para penonton.
Tidak tahu di mana silapnya, akui Neelofa dia sudah memberikan yang terbaik dalam setiap lakonannya. Namun, dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak walaupun sudah berusaha.
Lain pula dengan pelakon lelaki ini. Hairul Azreen yang dicungkil bakat melalui ruangan Kacak Bergaya beberapa tahun lalu, dan kini masih mencari peluang.
Satu persatu drama lakonannya mula ditayangkan dan itu memberikan impak yang besar buat dirinya.
Jelas Hairul, semakin lama semakin ramai peminat mula mengenali dirinya dan itu memberikan semangat baru buat dirinya.
Dipertemukan dalam filem Hantu Kapchai, Neelofa dan Hairul cukup berdebar menantikan reaksi peminat terhadap mereka.
Ditambah pula dengan trend terkini kutipan tiket yang kurang memberangsangkan, itu menambah lagi getar di hati kedua-dua pelakon muda ini.
"Memang saya masih terlalu baru dalam bidang lakonan. Saya akui kalau orang kata saya belum bagus berlakon macam pelakon lain.
"Berlakon kali pertama belum tentu kita akan terus jadi hebat. Sebaliknya pengalaman yang kita kutip itu yang akan mematangkan lakonan. Orang boleh cakap apa sahaja tetapi adakah mereka tahu untuk menjadi pelakon yang hebat bukan mudah.
"Kalau ada yang cakap saya terlalu banyak buat kerja lain, saya rasa kurang tepat. Kalau setakat mengacara dan menjadi duta kepada beberapa produk ia tidak mengganggu lakonan saya.
"Semuanya 'jalan' berasingan dan saya yakin mampu laksanakan dengan baik," kata Neelofa yang baru sahaja mengikat kontrak sebagai duta tilam jenama King Koil.
Menjadi satu-satunya 'bunga' dalam filem Hantu Kapcai yang turut dibintangi oleh Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz sememangnya satu pengalaman menarik buat Neelofa.
Cukup mengharapkan filem ini akan mencapai kutipan yang memberangsangkan, Neelofa yakin percaturan KRU Studios dengan filem komedi ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.