Isnin, Oktober 01, 2012


Halamak ai!!! Apa lagi yang nak dikecohkan dek Si Nurul Izzah ni? Tak habis - habis lagi ke dia nak memalukan diri dia didepan orang ramai?


Selama hari ini, kita biasa dengar pihak kerajaan sebut bahawa Negara akan 'Bankrap' sekiranya Pakatan Pembangkang tu ambik alih.

Namun semenjak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bentangkan Bajet 2013 Jumaat lalu, Si Nurul Izzah ni pulak yang gunakan skrip tersebut. 

Dia pulak buat tuduhan yang negara ni akan bankrap sekiranya kerajaan tetap berdegil untuk menggunakan bajet yang telah dibentangkan.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah ni menjelaskan bahawa Malaysia akan menerima nasib yang sama seperti Greece dimana negara tersebut diumumkan bankrap.

Sebab yang diberikan oleh Si Nurul Izzah ni ialah kerana jumlah hutang negara terlalu besar sehingga mampu menyebabkan keadaan tersebut berlaku.

Tapi Nurul Izzah tak jelaskan kepada rakyat bahawa Greece jadi bankrap sebab dia cuba mengatasi hutang negara dengan berhutang pulak dengan IMF.

Tak heran la kenapa Si Nurul Izzah ni tak jelaskan kepada rakyat mengenai perkara tersebut. Lagi pun, dia bukan ada kerja lain selain dari Menipu Rakyat!!!

Kebanyakkan Negara - Negara yang mengalami masalah ekonomi yang buruk sebenarnya mempunyai kaitan dengan IMF. Ianya jelas berbeza dengan Malaysia.

Malaysia mengatasi masalah hutangnya dengan caranya yang tersendiri. Kerajaan sedaya upaya menjelaskan hutang - hutang tersebut menggunakan dana sendiri.

Dalam ertikata mudahnya, Kerajaan Malaysia tidak berhutang dengan orang lain untuk menyelesaikan hutang - hutangnya. Kerajaan Malaysia pakai duit sendiri.

Kenapa perkara ini tidak dijelaskan kepada rakyat? Kenapa ianya disembunyikan? Nampak sangat mereka sengaja sembunyikan perkara tu untuk memutar belitkan pemikiran rakyat.

Apa yang dinyatakan oleh Kerajaan sebelum ini jauh berbeza. Kerajaan berusaha selesaikan hutang negara dengan duit sendiri. Tapi Pakatan Pembangkang lain pulak caranya.

Diorang nak bagi semua benda percuma melalui kaedah pinjaman dari pihak luar. Maknanya, hutang sedia ada nak dibayar dengan hutang yang baru dibuat.

Andaikata hutang yang baru dibuat tu tak mampu nak dibayar semula, apa pulak yang akan mereka lakukan kelak? Ada peluang diorang gadaikan negara ni pada pihak luar. Masa tu nanti, jangan menyesal tak sudah!!! Menangis air mata darah pun dah tak berguna!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Nurul ni hanya pandai menghasut, memfitnah dan menipu saja. Semuanya dipelajari dari daddydoll dia.

    Semua pengundi Bangsar dah kena kencing.

    Kah, kah, kah ...

    BalasPadam
  2. Pihak pembangkang nak kerja mudah macam lagu Salleh Yaakob " Gali Lobang"

    Padahal Kes KUIN pon dah terbukti yg mana KUIN terpaksa membuka buku hutang dengan bank lain demi melangsaikan hutang yg lama dengan kadar bayaran semula yg lebih tinggi, (kategori kes along jugak nie)

    sama je jikalau negara berhutang dengan IMF yg mana telah dicadangkan oleh Anwar Ibrahim semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan yg mana cadangannya telah ditolak 100% oleh Tun Mahathir kerana Tun Mahathir telah berbincang dengan pakar ekonomi Malaysia yg mana idea Anwar adalah 1000% kali lebih dasyat untuk negara menanggung hutang negara yg diselesaikan oleh Matathir dan pakar ekonomi Negara dengan sistem Kewangannya sendiri tanpa perlu berhutang besar dengan mana-mana badan kewangan luar negara (IMF) atau berhutang dengan negara-negara lain

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping