Jumaat, Oktober 12, 2012


Apa lagi yang hendak kita katakan mengenai Si Ketua Penipu tu? Dia memang jelas bukan seorang yang memperjuangkan Islam yang sebenar.

Jika sebelum ini, Si Ketua Penipu tu dikritik oleh Timbalan Mursyidul Am PAS dengan mengatakan yang dia bukan seorang yang Islamist, kenapa pemimpin PAS berdiam diri?

Sekarang, Dewan Pemuda PAS Pusat juga bersetuju dengan pandangan tersebut. Adakah PAS mahu kata yang ianya hanya pandangan peribadi?
SHAH ALAM: Pemuda PAS hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan pandangan bekas anggota Parlimen India yang dikenali sebagai MJ Akbar dalam bukunya Tinderbox: The Past and the Future of Pakistan yang dilancarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
 
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, akbar berpandangan bahawa Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan menubuhkan negara - idea yang didakwa berpaksi fahaman "Islam Liberal".
 
"Jelas dalam PAS, kita menolak fahaman sedemikian justeru ia lebih berpaksi kepada doktrin fahaman Islam liberal.
 
"Dan masyarakat umum tahu bahawa PAS sebuah parti yang berpandukan Islam. Islam penyelesaian yang terbaik bagi semua masalah ummah termasuk menyelesaikan permasalahan negara," katanya dalam kenyataannya medianya hari ini.
 
Menurut Nasruddin, dewan itu memberikan sokongan penuh kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berhubung perkara sama dengan menyifatkan Islam sebagai cara hidup yang lengkap.
Jika sebelum ini, PAS merupakan pihak yang beria - ia mempertahankan Si Ketua Penipu tu apabila dia memperjuangkan Kebebasan Israel, sekarang macam mana?

Perkara itu sebenarnya tidak mustahil. Bagi Si Ketua Penipu tu, waima sesiapa pun yang dia sokong bukan menjadi satu persoalan. Termasuk la puak - puak Yahudi.

Jadi, kenapa PAS yang KONONnya memperjuangkan Islam ni masih lagi nak menyokong dia sebagai seorang pemimpin sedangkan dia terang - terang menyokong Islam Liberal?

Sudah - sudah la nak menipu rakyat ni. Jangan la puak - puak PAS ni nak jadi golongan manusia yang munafik pulak. Dah jelas, terang dan nyata yang Si Ketua Penipu tu buat semua ni untuk kepentingan diri dia je. Bukannya untuk orang lain!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Kebiasaan nya Ketua taliban ni akan menyahut terhadap apa juga isu..tetapi selepas disergah oleh nuar ..dia akan undur kebelakang balik sama saperti isu-isu sebelum ini ..dia umpama saekor kura-kura yang berani mengeluarkan kepala apabila orang tiada tetapi akan menyembunyikan kepala nya didalam cengkeram pabila disergah..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping