Rabu, Oktober 03, 2012


Hari ni, agak kecoh dalam kem puak - puak Pakatan Pembangkang tu apabila Si Assmin ni kata yang Si Khalid Gagap tu dah tak jadi MB Selangor selepas ini.

Bukan setakat dalam kem PKR sahaja yang tak puas hati. Malah ianya turut berjangkit sampai kepada puak - puak Parti Angguk Saja tu sekali.

Namun persoalannya, adakah Si Khalid Gagap tu akan membiarkan sahaja Assmin berkuasa di Negeri Selangor dan mengambil alih Rejim pimpinannya selepas PRU yang akan datang? Meh kita baca apa percaturan Khalid Gagap ni pulak:
Sekarang ini, di dalam Kerajaan Negeri Selangor, sudah ada PERCATURAN baru yang perlu difahami oleh Azmin. Khalid tidak akan selesa untuk membenarkan Azmin mengambil jawatan dengan mudah dan bersahaja. Khalid akan bangkit melawan. 
Dimaklumkan bahawa, di dalam beberapa mesyuarat strategik PKR Selangor (yang dipengerusikan oleh Khalid secara peribadi), sudah ada nama lain yang akan diketengahkan sebagai calon MB sekiranya Khalid diperlukan di Putrajaya. 
Setelah banyak perbincangan dilakukan, Khalid secara bersungguh menginginkan seorang ORANG KANAN Kerajaan Negeri Selangor diangkat sebagai MB. 
Walaupun dia mungkin daripada hierarki parti; namun pengalaman dan kerjasama baik yang diberikan kepada Khalid selama ini membutkan TK (Team Khalid) amat senang untuk mengetengahkan calon baru ini.
TK sangat selesa dengan kerjasama, kesungguhan, kefahaman State Financial Officer Selangor dalam mengendalikan urusan pentadbiran. Malahan, Khalid amat selesa dengan dana RM300 juta yang diuruskan dengan transparen dan berkesan. 
Semua ini membuatkan TK amat yakin bahawa individu ini mampu membawa Selangor ke suatu tahap yang lebih baik. Nama Azmin tidak pernah naik langsung. - sumber
Nah!!! Rupanya Si Khalid Gagap tu memang dah buat pelan kontigensi untuk mengatasi penguasaan Assmin ke atas Rejimnya di Selangor.

Ingat Si Khalid Gagap tu senang - senang je ke nak lepaskan kuasa dia macam tu? Silap orang la!!! Si Khalid tu takkan nak tinggalkan kuasa dia macam tu je.

Tapi, itu pun KALAU la diorang dapat pertahankan kuasa di Selangor selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang. Tinggal lagi, momentum rakyat Selangor sekarang pun dah beralih arah. Jadi, setakat mimpi je la diorang ni. Jangan meroyan dikemudian hari sudah la!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Salam..

    Sebuah blog yang menarik dan berinformasi. Terlanjur dah singgah sini, saya jadi follower di blog ini.

    Blog hebat tuan juga telah dipautkan di blog list saya..

    Diharap, tuan blog dapat melakukan perkara yang sama di blog saya juga..

    Terima kasih..

    KLUANG Today
    http://kluangtoday.blogspot.com/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping