Bakal muncul dalam sebuah filem arahan Arjinder Singh berjudul Darah Panas pada tahun depan, ujar penuntut jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, dia terpaksa meletakkan garis panduan berpakaian atas faktor tidak ingin mengulangi kesilapan lampau.
Bukan kerana besar kepala atau cerewet tapi tegas Fathia, dia enggan tampil terlalu seksi dengan mendedahkan tubuhnya semata-mata kerana mahu melariskan sesuatu produk.
“Saya bukan simbol seks dan saya enggan memakai pakaian yang terlalu menjolok mata. Saya akui berlaku sedikit pertengkaran ketika sedang menjayakan sebuah babak sebagai pelacur dalam filem Darah Panas kerana saya dipaksa memakai pakaian ketat dan menjolok mata.
“Pada hari kejadian juga saya berkeras untuk menukar pakaian lain yang kurang seksi berbanding baju dan skirt paras paha yang diberi oleh produksi. Setakat itu had saya dalam berpakaian!” tegasnya.
Fathia menegaskan lagi, pada masa-masa akan datang dia akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian dan jika dikehendaki tampil seksi dia harus memastikan untuk tidak keterlaluan.
Menerusi Darah Panas, dia melakonkan watak seorang gadis naif yang terpengaruh dengan pujukan seorang lelaki untuk menjadi model di Kuala Lumpur.
Namun, setelah diperdaya dan dijadikan pelacur hidupnya berubah secara total. Filem yang turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Sofi Jikan dan Corrie Lee itu baru selesai penggambarannya pada minggu lepas.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.