Ini Pun Contoh Orang 'Terdesak' Jugak Ni!!! |
Kita biasa tengok dalam filem atau pun dikaca televisyan keadaan bagaimana orang yang 'ketagih' menjadi golongan manusia yang terdesak.
Demi untuk menghilang ketagihan mereka itu, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Begitu jugak la dengan orang yang mempunyai ketagihan lain.
Hah! Jangan ingat orang ketagih ni setakat ketagih dadah je. Ada jugak ketagih yang lain dari lain. Yang paling parah sekali ialah ketagih Kuasa. Orang macam ni yang lebih bahaya.
Diorang bukan setakat sanggup bertindak diluar kawalan. Malah diorang jugak sanggup melakukan perkara - perkara yang 'diluar tabiee'. Itu yang bahaya tu.
Jadi, memang patu sangat la saranan yang dikeluarkan oleh Tok Him ni agar orang yang terdesak macam ni ditolak oleh rakyat. Takut nanti, lain pulak yang diorang akan buat nanti. Masa tu, kalau kita menyesal pun dah tak guna dah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
SANDAKAN 4 Nov. - Rakyat negeri ini perlu menolak segelintir golongan desperado politik yang cuba menukar haluan politik Sabah demi kepentingan peribadi mereka.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan golongan serpihan berkenaan yang membangkitkan pelbagai isu dan fitnah langsung tidak akan memberi manfaat kepada masyarakat di negeri ini."Sabah sekarang diancam golongan desperado politik yang satu ketika dahulu mendapat pelbagai manfaat dan berada dalam kehidupan mewah hasil daripada kedudukan mereka dalam parti politik termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN)."Jadi saya tidak nampak segelintir golongan ini boleh membawa apa-apa perubahan di Sabah sebab mereka sendiri tidak boleh membawa perubahan kepada diri mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Perkasa Sabah kali pertama di Dewan Masyarakat Sandakan di sini hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.