Inilah contoh orang yang menjadikan Islam sebagai alat dan bukannya sebagai panduan hidup secara keseluruhan. Tambah malang bila orang tu mengaku dia jugak Islam.
Nak berpolitik pun, jangan la sampai tahap nak menghalalkan cara. Jangan sampai tahap kita sendiri jatuh Hukum Murtad kerana ketaksuban kepada Politik.
Demi nak meraih sokongan orang dan menagih undi, sanggup Puteri Kesayangan Si Ketua Penipu tu kata Islam tidak menghalang umatnya untuk memilih agama.
Mungkin Si Nurul Izzah ni lupa peristiwa selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W dimana kebanyakkan umat Islam pada ketika itu bertukar menjadi murtad.
Dia mungkin lupa bagaimana Saidina Abu Bakar mengarahkan Khalid Al - Waleed mengetuai pasukan tentera Islam untuk menghapuskan pemurtadan tersebut.
Sambil memetik ayat 256 dalam surah Al - Baqarah, Si Nurul Izzah ni bertegas bahawa maksud ayat tersebut ditujukan kepada seluruh manusia termasuk orang Melayu.
Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Soalnya sekarang adakah itu keseluruhan ayat tersebut atau dia hanya sekadar mengambil petikan dari ayat itu sahaja? Meh kita baca penuh ayat tersebut:
Tidak ada paksa dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Nah!!! Itu menunjukkan bahawa tidak ada agama lain yang lebih nyata kebenaran dari kesesatan. Bermakna, sesiapa yang memilih Islam, mereka adalah dari golongan yang benar.
Maka, bagi sesiapa yang tinggalkan Islam, bermakna mereka ini telah memilih jalan Kekufuran dan Kesesatan yang nyata.
Bagi seorang Islam yang menganjurkan ucapan seperti Si Nurul Izzah tu mampu dilihat sebagai satu cubaan untuk menyesatkan Umat Islam.
Memang jelas bahawa Si Nurul Izzah ni hanya mengambil petikan demi untuk kepentingan Politik dan bukan untuk agama Islam itu sendiri. Pun lagi dia nak kata dia faham tentang Islam? Kalau itu pun Si Nurul Izzah ni tak faham, tak tau la apa nak cakap!!!
sebarkan hal ini pd rakyat dan tangkis dawaan spin nurul izzah.... pasti rakyat tolak pakatan dan nurul izzah pasti kalah bertanding di parlimen lembah pantai pd pru 13.
BalasPadam