Wah!!! Memang hebat betul la puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang memang dermawan sungguh. Murah hati sampai tak terkata dah dibuatnya.
Mana tidaknya. Belum pernah lagi ada dalam sejarah Politik pihak musuh bagi 'Peluru Hidup' kepada pihak lawan dia sendiri macam puak - puak PAS ni.
Malah, bukan setakat itu sahaja. Diorang sanggup jugak menolak suara akar umbi demi untuk meraih populariti semata - mata. Nampak sangat la sikap Diktator diorang ni ye.
Bayangkan. Seramai 1500 orang ahli PAS dan juga penyokong - penyokongnya telah pun bersuara. Tapi, satu hapah pun PAS tak dengar.
Nak jugak diorang gunakan Politik Paksaan terhadap ahli - ahli. Macam tu pun diorang boleh dabik dada kata dapat menang dengan selesa? Dasar tak sedar diri betul.
Korang fikir la sendiri. Sedangkan ahli - ahli yang totok menyokong diorang bagai nak mati tu pun diorang boleh buat tak peduli, inikan pulak dengan kita yang tak de kaitan ni.
Lansung la diorang tak pandang. Nak jadi pemerintah yang adil macam mana kalau suara ahli sendiri pun diorang tak nak dengar. Nak jugak ikut selera diorang sendiri.
Itu caranya diorang nak jaga Kebajikan Rakyat? Nak jaga Kebajikan ahli sendiri pun diorang tak mampu, lagi nak berangan - angan nak jaga Kebajikan Rakyat?
Sudah la!!! Rentikan la semua penipuan tu. Setakat cakap je, baik tak payah. Tak mendatangkan faedah lansung. Buat mengabihkan masa je.
Tinggal lagi, bagus jugak diorang nak teruskan dengan apa yang diorang nak buat ni. Lagi senang orang lain nak buat kerja. Nanti, kalau dah kalah esok, jangan pulak nak tuduh semua tu salah orang lain. Sendiri bikin, sendiri mau ingat la!!!
TAIPING - Calon Pas Parlimen Larut, Datuk Fauzi Shaari sedia berdepan sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang sebelum ini disebut-sebut calon bertanding kerusi itu juga melahirkan keyakinan mampu menang berdasarkan sokongan padu pengundi di kawasan tersebut.
Fauzi berkata, beliau akur dengan kehendak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang memberi kepercayaan kepadanya bertanding di Parlimen Larut.“Saya istiqamah dengan perjuangan dan tidak kisah siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding (di Parlimen Larut)."Rakyat kini sudah sedar dan yakin perjuangan PR ke Putrajaya untuk menubuhkan kerajaan yang adil bagi membela semua kaum dan golongan tanpa pilih kasih," katanya pada ceramah anjuran Pas Cawangan Batu Enam, di sini, kelmarin.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.