Isnin, Disember 03, 2012


Siapa dia manusia yang bernama Deepak ni? Lawyer? Majistret? Doktor? Bukan. Tapi penjual karpet. APA? PENJUAL KARPET!!!

Apa yang terdesak sangat Si Ketua Penipu tu sampai terpaksa mempergunakan seorang Penjual Karpet macam dia ni? Nak jadikan dia budak 'Coffee Boy' jugak ke?

Tak mungkin. Kalau nak dibandingkan muka Si Deepak dengan Si Mat Muka Bulan tu, rasanya lebih baik dia 'pakai' Si Mat Muka Bulan tu. Tapi, itu pun dia tak de 'selera' nak layan. Jadi, apa yang ada dengan Si Deepak ni? Meh baca apa ceritanya..
KUALA LUMPUR, 3 Dis - Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang sedang berhadapan dengan kemelut kes mahkamah melibatkan pembayaran hutang RM170 juta dengan Kuwait Finance House (KFH), didakwa telah berhubung dengan tiga tokoh pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekitar awal tahun ini dan pada Julai 2012. 


Tiga tokoh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini didakwa terlibat dibalik tadbir dalam usaha mengaitkan hutang pinjaman tidak berbayar KFH dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. 

Beliau mendakwa isteri Perdana Menteri bakal mendapat RM26 bilion apabila keputusan pilihanraya umum yang bakal berlangsung akan memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), yang akan mendapat 123 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) pula akan mendapat 99 kerusi. 

Sebelum itu pada April 2011, ahli perniagaan ini pernah membuat kenyataan dalam media dan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak akan jatuh dan tersingkir dari jawatan sebagai Perdana Menteri pada Julai 2011 mengikut pandangan guru agama beliau (Gurujee). 

Ahli perniagaan ini didakwa mengenali Datin Seri Rosmah Mansor atas urusan perniagaan dalam urusniaga penjualan karpet sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Beliau juga pernah mengaku mempunyai jalinan hubungan baik dengan kerajaan, pemimpin-pemimpin pembangkang, keluarga diraja, syarikat-syarikat kerajaan (MNCs (multinational corporations), GLCs (government-linked companies)) dan beberapa institusi dalam projek penjualan dan membekalkan karpet. 

KFH telah menghentikan kemudahan pinjaman kepada ahli perniagaan ini setelah mendapati berlaku unsur penipuan dan salahgunakuasa melibatkan salah seorang pegawai kanan bank tersebut, sewaktu meluluskan kemudahan pinjaman kepadanya. 

Deepak Jaikishan didakwa telah mendapatkan bantuan dan telah berjumpa dengan tiga pemimpin PKR ini. Satu pertemuan sulit berlangsung di sebuah rumah, salah seorang rakan pemimpin utama PKR ini. 

Turut didakwa ahli perniagaan ini telah beberapa kali bertemu dengan salah seorang pemimpin utama PKR dalam membantu menyelesaikan kes mahkamah yang sedang dihadapinya. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping