Hah! Inilah akibatnya bila nak sangat mengutuk orang lain. Akhirnya, dia pulak yang kena sekolah. Sebelum ni, dia suruh orang setakat mengajar je kat sekolah.
Tapi, akhirnya dia jugak yang kena sekolah. Kononnya dia harap jawapan yang dia bagi sebelum ni boleh dijadikan sebagai senjata untuk dia berpolitik.
Sekali, tak disangka - sangka, senjata tu pulak yang dah makan tuan. Dia pulak yang kena tempelak balik. Itulah akibatnya bila bercakap pun tak guna otak. Sekarang, dia dah kena tepet balik. Baru la Padan Muka Dia!!!
TUMPAT - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa menggunakan sebaik-baiknya peluang ke udara di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bagi memperjelas amanatnya pada 1981 yang dikatakan mengkafirkan Umno.Menggesa demikian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu (amanat) itu telah mengakibatkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam di negara ini.Beliau menyifatkan amanat itu sebagai 'fatwa politik'."Ia pendapat politik yang harus dibayar harganya dengan mahal kerana apa yang berlaku dengan masyarakat Islam di beberapa kawasan seperti perpecahan dalam keluarga dan masalah dalam komuniti."Perkara ini perlu diperbetulkan," kata Ahmad Zahid mengulas keputusan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memberi peluang kepada Abdul Hadi untuk membuat penjelasan menerusi RTM.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.