PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) menafikan Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat yang dianjurkan di Kampung Gombak Utara Batu 8, Gombak dekat sini pada 4 Disember bertujuan untuk memfitnah Kerajaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari berkata, ceramah anjuran Kerajaan Negeri itu bertujuan memberikan penerangan tentang program dan usaha yang telah dijalankan untuk membantu rakyat di negeri ini.
Menurutnya, PKR kesal dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din kononnya ceramah itu berunsurkan pembohongan dan menanam kebencian kepada pemimpin negara.
“Salah ke kalau program ini menerangkan tentang apa yang Kerajaan Negeri buat terutama melibatkan program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) serta isu semasa pada masa yang sama kita turut membuka kaunter semakan daftar pengundi apatah lagi kehadiran Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dialu-alukan rakyat di Gombak.“
Tentang hutang negara, belanjawan negeri Selangor, tanah yang dirampas oleh Umno, kelulusan Masjid Zakaria lebih RM 10 juta bukan cerita bohong atau fitnah.
Jadi rakyat kena tahu sebab itu program tersebut diadakan," katanya pada sidang media yang diadakan di Pejabat PKR, di sini, semalam.
Amirudin berkata, adalah tidak logik jika tuduhan kononnya provokasi dimulakan oleh penyokong PR sedangkan wujud insiden meja milik peniaga diterbalikkan.
"Mereka (Pemuda Umno) beri alasan ketika itu mereka sedang buat taklimat pilihan raya, takkan guna pembesar suara, pegang banting tepi jalan, ini alasan tidak masuk akal.
“Disebabkan masalah yang berlaku kaunter semakan daftar pengundi, khemah juga rosak akibat balingan batu dan kelapa, usaha kami beri penerangan kepada rakyat gagal,” katanya.
Ps: Memang la diorang tak d buat fitnah. Tapi setakat menipu rakyat je. Takkan la itu pun salah jugak kot!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.