Rabu, Disember 12, 2012


NEELOFA dan kontroversi bukan perkara yang asing. Baru reda dengan beberapa siri kontroversi termasuk kisah cinta bersama Hans Isaac, nama Neelofa, 23, kembali menjadi sebutan semula apabila baru-baru ini, pereka fesyen, Nurita Harith mendakwa Neelofa bersikap kurang ajar dan tidak profesional di akaun Twitter miliknya.

Status yang ditulis Nurita berbunyi: “Harap semalam merupakan kerjasama terakhir saya bersama Neelofa. Sangat kurang ajar dan tidak profesional.”

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu terbaharu itu, Kosmo! menghubungi Neelofa pada Isnin lalu iaitu sehari sebelum dia terbang ke Dubai untuk bercuti bersama keluarganya.

Kosmo!: Apakah yang berlaku sehingga Neelofa dikatakan kurang ajar dan tidak profesional oleh pereka fesyen Nurita Harith di akaun Twitter miliknya?

NEELOFA: Maaf. Saya tidak mahu komen tentang perkara itu. Saya mahu ke Dubai bercuti dengan keluarga. Jadi, saya mahu pergi dalam keadaan yang gembira.

Selain isu dikatakan tidak profesional, baru-baru ini ada yang mengkritik tentang betis anda besar seperti batang pisang. Apakah komen anda?

Kelakarlah kalau nak komen tentang kaki sendiri. Saya jenis yang pakai apa sahaja yang saya suka dan mengikut keselesaan saya. 

Setakat ini saya gembira dengan apa yang saya pakai dan bersyukur dengan anugerah Allah kepada saya.

Apakah reaksi anda apabila terus dihimpit kontroversi?

Saya penat sebenarnya, sebab ada sahaja kontroversi yang tak berpenghujung. Saya tidak kacau hidup orang lain. Saya tidak faham kenapa ada orang yang ingin menyerang saya. 

Mungkin kerana cemburu atau tidak senang melihat orang lain senang. Bagi saya, ini dugaan yang menguatkan saya lagi sebagai anak seni.

Adakah segala dugaan yang datang pernah mematahkan semangat anda untuk teruskan kerjaya dalam bidang seni?

Tidak. Semakin banyak dugaan yang datang, saya semakin kuat. Bukan mudah untuk menjadi artis. 

Sebelum ini saya tidak faham orang kata susah menjadi artis, tetapi bila saya masuk dunia seni baru saya faham. Mental dan fizikal perlu kuat dan saya harus sentiasa bersedia.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping