Sabtu, Disember 29, 2012


Halamak ai!!! Apa la yang tak kena dengan Si Nik Aziz ni ye? Nak jugak dia sindir Si Hadi Awang tu dalam media secara terang - terangan.

Dah seminggu lebih isu berkaitan dengan amanat Hadi Awang tu dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuk pengikut - pengikut PAS sendiri.

Mereka masing - masing mengakui terkesan dengan amanat yang diberikan oleh Si Hadi Awang tu pada tahun 1980an dahulu. Macam - macam cerita kita dah dengar.

Takkan la diorang yang terpengaruh dengan amanat tersebut menipu pulak kot. Kalau Si Hadi Awang tu tak keluarkan amanat tu, tak mungkin diorang ni akan ikut.

Ini tidak. Sampai ada pulak pihak yang kata dia sanggup tak makan daging yang dibeli atau dihidangkan oleh orang UMNO apa cerita?

Sampai ada yang sanggup kebumikan jenazah isteri didepan serambi rumah hanya semata - mata termakan kata - kata Hadi Awang tu macam mana pulak?

Adakah diorang semua menipu je selama hari ini? Adakah itu yang nak disampaikan oleh Si Nik Aziz dalam kenyataan media yang keluar dalam laman Facebook?

Sanggup tak Si Nik aziz tu tuduh mereka yang keluarkan kenyataan dalam media sebelum ini sebagai penipu? Kalau tak sanggup, bermakna dia nak kata yang Hadi Awang tu menipu. Jadi, buat apa lagi kita nak ikut cakap penipu macam tu!!!
SHAH ALAM - Di sebalik polemik mengenai isu Amanat Haji Hadi yang berterusan termasuk desakan Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah "memurtadkan sesiapa."


Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.


"Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.


Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang Muslim tetap murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi.


"Dalam perjalanan ke Seremban dari KLIA, membaca akhbar hari ini (semalam) masih menyebut tentang Amanat Haji Hadi. Perlu diketahui bahawa seorang pesakit tetap sakit sekalipun tidak diberitahu oleh doktor.


"Seorang Muslim tetap jatuh murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi," kata beliau yang malam tadi menghadiri majlis kutipan dana Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping